‘Wanita Ini Tolak Cinta Lelaki Honda Pilih Lelaki Iswara’ Rupa-rupa Ini Puncanya

Bila bicara soal mencari jodoh ini bukan boleh dibuat main-main. Bukan hari ini seronok bercinta, bila rasa tak sesuai tinggalkan. Ianya soal masa depan sampai bila-bila. Bak kata orang, hidup dan mati itulah kita pertaruhkan.

Dan dalam pada mencari jodoh, janganlah kemewahan semata-mata yang jadi ukuran. Orang kata paling baik biar susah sama-sama dari mula, bersenang-senang pun berdua kelak.

Inilah yang dikongsikan Aien Suraya ketika mana berkongsi kisah hidupnya yang dilalui ketika masa mula-mula memilih cinta hati untuk dijadikan imam dalam hidupnya.

Bukan kemewahan semata-mata menjadi ukuran pencarian ‘imam’nya, sebaliknya keikhlasan sebenar itulah yang jadi sandaran. Baik dirinya sebagai wanita, dia pun perlu terima bakal suami dengan apa juga keadaan dirinya.

Kisah Aien kongsi,
Kalau korang nak tahu ini la kereta PROTON ISWARA yang suami saya ada sebelum kami kawin. kereta ni menjadi saksi percintaan kami cewahh hahaha.

Ini lah yang di panggil susah senang bersama,
dari zaman kami bercinta lagi memang kami berdua orang susah, tak sia sia saya tolak cinta lelaki HONDA dan pilih lelaki ISWARA ni.

Wahai wanita pilih la hati yang ikhlas bukan pilih kemewahan yang ada di depan mata. Kenapa nak pilih jalan mudah kan kalau boleh usaha sama sama. Lagi best perjalanan hidup macam tu. Dapat kenal layanan manusia masa kita susah macam mana.

Masa kita senang macam mana pulak layananya, dapat kenal siapa kawan sebenar. Dapat tahu siapa yang ada time kita susah dan senang. Memang banyak pengalaman kita akan dapat.

 

Pesan Aien lagi,
Jangan risau kalau boyfriend kamu sekarang tak ada apa apa. Ikhlas lah terima dia sekarang. One day kamu akan senang kalau kamu sama sama usaha ingin ubah hidup dan percaya rezeki Allah.

Rezeki Allah ni tidak cepat tidak lambat tapi tepat pada masa nya.

Oleh itu dalam menempuhi ujian Ilahi ini, teruslah berdoa dengan cara yang betul dan konsisten. Sebab rezeki Allah ini tak pernah pun salah alamat. Dia akan sampai tepat pada masa, sesuai untuk keperluan hambaNya.Walaupun begitu bukan bermaksud kereta Honda ke atau proton ke yang penting kita ikhlas menerima pasangan kita dan hidup bersama dunia akhirat hingga ke Jannah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber :  Aien Suraya   kredit : mingguanwanita




Post a Comment

0 Comments