Wanita Didakwa Tiba-Tiba Keluarkan Pisau, Tikam Kanak-Kanak Di Kawasan Pejalan Kaki

Seorang wanita telah terakam imejnya dalam CCTV ketika dia cuba menikam seorang anak kecil yang sedang berjalan bersama ibu bapa dan adiknya di Tbilisi, Georgia.

Pada permulaan video, anak-kanak berkenaan terlihat sedang memegang tangan ibunya sebelum mereka dihampiri oleh seorang wanita. Wanita itu tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau dari beg tangannya dan cuba menikam namun tersasar dan hanya menggores muka kanak-kanak terbabit.

Wanita itu lantas bertindak untuk cuba menikam mangsa kedua pula iaitu adik kepada kanak-kanak tadi tetapi tidak berjaya apabila si ayah sempat menarik anaknya itu menjauh dari penyerang.

Buat masa ini, pihak polis masih lagi menyiasat motif insiden berkenaan dan berjaya menjejaki suspek melalui CCTV di kawasan itu. Penyerang wanita itu telah ditahan untuk siasat lanjut.

Manakala kanak-kanak yang cedera di bahagian hidung dan pipi itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Menurut ibu bapa kanak-kanak terbabit, mereka belum pernah bertemu atau nampak penyerang tersebut sebelum ini.

Sumber: Metro.co.uk




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top