(Video)Tak Mahu Ketinggalan, Giliran Turki Pula ‘Tayang’ Prototaip Kereta Terbang

Prototaip kereta terbang untuk kegunaan domestik dibangunkan oleh sebuah firma di Turki, dilaporkan hampir disiapkan, dalam satu kenyataan Selasa lepas.

Menurut Pengarah Teknikal Baykar, Selçuk Bayraktar, kereta terbang berkenaan yang dinamakan sebagai Cezeri dijangka bakal membuat kemunculan di festival teknologi dan aeroangkasa terbesar Turki, Teknofest bermula 17 September ini di Lapangan Terbang Istanbul.

Terdahulu, Bayraktar turut memuat naik beberapa keping gambar di Twitter yang menunjukkan bahagian kereta terbang tersebut yang telahpun memakan masa selama 8 bulan untuk disiapkan.

Katanya lagi, satu lagi pasukan turut berkerja keras untuk membangunkan sistem perisian selain kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan untuk membolehkan kenderaan tersebut berfungsi.

Secara keseluruhan katanya, Cezeri dijangka memerlukan masa bertahun-tahun untuk disempurnakan.

Nama Cezeri diambil bersempena nama tokoh sains Muslim terkenal, Ismail al-Jazari yang tinggal di Anatolia pada era Emas Islam suatu ketika dahulu.

Sumber: Daily Sabah




Post a Comment

0 Comments