(Video)”Macam-Macam Ada”, Tular Hantaran ‘Unik’ Diarak Pada Majlis Perkahwinan Penjual Bubur

Bagi pasangan pengantin Muslim di negara ini, saling berbalas hantaran sudah menjadi kewajipan semasa majlis perkahwinan berlangsung.

Antara jenis pemberian atau hadiah yang popular adalah seperti kasut, jam tangan, beg tangan, barang perhiasan, Al-Quran dan sebagainya.

Namun, lain pula ceritanya mengenai satu pasangan pengantin dari Pekalongan, Indonesia yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka baru-baru ini.

Pengantin lelaki, Muhammad Kusmantono, 23, telah menghadiahkan beberapa hantaran unik kepada pasangan hidupnya, Niswatun Hasanah, 19 tahun sempena perkahwinan mereka.

Pemberian daripada pihak Kusmantono kepada isterinya adalah berupa dua ekor lembu, tiga ekor kambing, 100 kg beras pulut, satu tan beras, 20 gram emas serta sebuah motorsikal.

Menariknya, kesemua barang hantaran itu telah diarak ke rumah pengantin perempuan seperti biasa pada 1 Ogos lalu. Mereka melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos yang lepas.

Video perarakan itu menjadi tular di media sosial dan mendapat banyak perkongsian.

Menurut Detiknewspemberian itu sebenarnya adalah nazar bapanya, Waryono, selepas Allah SWT memakbulkan doanya agar anak lelakinya itu dikurniakan pasangan hidup.

Selain itu, Waryono turut menghadiahkan beberapa pemberian lain buat menantunya termasuk satu set persiapan solat, satu set kelengkapan dapur serta wang untuk digunakan bagi berhibur.

Sumber: Detiknews, Tribunnews




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top