(Video)Ingatkan Malaysia Je, Rupanya Ini Negara-Negara Lain Yang Turut Sambut Hari Merdeka 31 Ogos

Semalam rakyat Malaysia amat bertuah kerana sekali lagi diberi peluang untuk mengecapi nikmat keamanan apabila kita menyambut Hari Kemerdekaan Ke-62.

Seperti yang kita semua sedia maklum, 31 Ogos setiap tahun di tetapkan sebagai Hari Merdeka semenjak tahun 1957 lagi. Selain Malaysia, sebenarnya terdapat dua buah lagi negara lain yang turut berkongsi tarikh kemerdekaan yang sama, namun berbeza tahun.

Berikut adalah negara-negara tersebut.

1. Kyrgyzstan

Kyrgyzstan mengecapi nikmat kemerdekaan pada 31 Ogos, 1991 selepas berjaya membebaskan diri daripada cengkaman Kesatuan Soviet ketika itu.

Negara ini berada di bawah penguasaan Soviet bermula 1919 dan melalui tempoh paling sukar ketika pemerintahan Stalin.

 

2. Trinidad and Tobago

31 Ogos menjadi tanda pembebasan negara Trinidad and Tobago daripada penjajahan British yang berakhir pada 1962. Negara kepulauan ini juga merupakan antara pulau pertama yang dikunjungi oleh warga Eropah apabila pelayar tersohor, Christhoper Columbus mendarat di sini pada 1498.

 

Sumber: aglobalworld, officeholiday




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top