(Video)”Happy Time”, Gelagat Doktor Bedah Selepas Berjaya Keluarkan Ketumbuhan Gergasi Curi Tumpuan Netizen

Kejayaan merawat seseorang pesakit sudah pasti memberi kelegaan serta keseronokan dalam hati seorang doktor.

Mungkin itulah yang dirasai oleh seorang pakar bedah di Moscow baru-baru ini selepas beliau dan pasukannya berjaya mengeluarkan ketumbuhan bersaiz ‘gergasi’ dari badan pesakit.

Ia bermula apabila seorang pesakit wanita mengadu berasa sakit dan sukar untuk bernafas. Selepas pemeriksaan lanjut, doktor mendapati ada ketumbuhan besar dalam abdomennya.

Wanita berusia 59 tahun itu terus dikejarkan ke bilik pembedahan sebelum pasukan bedah memulakan proses mengeluarkan ketumbuhan tersebut.

Dr. Dmitry Aryutin mengetuai proses pembedahan itu dan selepas berhempas pulas, ketumbuhan seberat 25kg itu berjaya dikeluarkan.

Apa yang mencuri tumpuan ialah aksi beliau yang ‘menari’ keseronokan bagi meraikan kejayaan mereka membantu wanita tersebut.

Bagaimanapun, ia bukanlah ketumbuhan terbesar yang pernah dikeluarkan oleh pakar perubatan.

Sebagai contoh, pasukan doktor di Conecticut pernah mengeluarkan ketumbuhan ovari dengan berat 60kg dari seorang pesakit 38 tahun pada tahun lepas.

Sumber: DailyMail




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top