(Video)Detik-Detik Pencairan Ais Terburuk Dalam Sejarah Dunia, 12 Bilion Tan Dalam Masa Sehari

Bumi makin tenat. Itulah yang boleh diungkap bagi menggambarkan situasi planet ketiga dalam urutan sistem solar yang menjadi tempat tinggal manusia dan spesis-spesis hidupan lain selama ini.

Antara perkara yang paling membimbangkan pada planet ini ialah tahap pemanasan yang semakin meningkat dari tahun demi tahun. Ia boleh mendatangkan pelbagai masalah namun yang paling utama ialah pencairan bongkah ais.

Terbaru, Washington Post melaporkan bahawa sebanyak 12.5 bilion tan bongkah ais telah mencair dalam masa sehari di Greenland pada Khamis lalu. Ia merupakan rekod terburuk sepanjang zaman.

Kali terakhir Greenland mengalami tragedi yang sama ialah pada 2012 di mana sebanyak lebih 10 bilion tan ais didakwa telah mencair dalam masa sehari, menurut laporan data dari Polar Portal.

Memetik laporan CNN, jumlah keseluruhan ais yang mencair itu adalah lebih banyak daripada 4.4 juta kolam renang Olimpik.

Seperti yang kita tahu, dunia ketika ini sedang menghadapi musim panas yang agak teruk. Malah, purata suhu sepanjang bulan lepas dikatakan adalah yang tertinggi sepanjang zaman.

Sumber: Gizmodo, Washington Post




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top