(Video) Terlebih muatan punya pasal, 25 pekerja terperangkap 50 minit dalam lif


Seramai 25 pekerja terperangkap dalam lif selama 50 minit, menyebabkan dua wanita mengalami sesak nafas.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.40 pagi di sebuah bangunan perniagaan di Jalan Tun Sri Lanang, Melaka, kelmarin, lif tersebut tidak berfungsi secara tiba-tiba dan tidak dapat dibuka di tingkat enam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.43 pagi dan lapan anggota dikerahkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, pintu lif didapati masih terkunci dan anggota bomba berusaha membukanya dengan menggunakan alat pembuka hidraulik sementara menunggu juruteknik tiba.

"Seramai 25 orang berjaya dikeluarkan dengan selamat pada jam 9.29 pagi, tetapi dua daripadanya mengalami sesak nafas," katanya.


Kedua-dua mangsa itu kemudian diberi bantuan pernafasan oleh pasukan perubatan kesihatan yang berada di lokasi.

"Selain masalah mekanikal, kejadian juga dipercayai berpunca akibat lif berkenaan membawa muatan melebihi had sepatutnya," katanya yang juga menasihatkan pengguna lif mematuhi had kapasiti yang telah ditetapkan.

Sumber: Harian Metro



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top