(Video) Sungguh Indah Ciptaan Allah, Pelangi Muncul Di Masjidil Haram Buat Jemaah Haji Teruja

Tatkala seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Korban bersama keluarga tercinta, ada di antara mereka yang sedang memeriahkannya dengan menjadi tetamu Allah di Mekah demi melaksanakan Rukun Islam Kelima.

Beberapa hari ini, tular beberapa gambar kejadian luar biasa yang jarang terjadi di Tanah Suci. Dari hujan yang membasahi muka bumi bersuhu 50 darjah celsius ini sehinggalah ke limpahan butiran ais yang turun seolah-olah meraikan kedatangan jutaan jemaah haji di sana.

Terbaru, laman media sosial dipenuhi gambar pelangi yang menghiasi latar pemandangan Kota Mekah. Pelbagai ciapan di muatnaik khusunya di Twitter berkongsikan keindahan fenomena ajaib ini.

“Jarang hujan di Mekah, tapi hari ini hujan dan lihatlah apa yang muncul.”

“Subahanallah, pelangi muncul setelah hujan lebat di pagi hari raya Aidiladha di Makkah Mukarramah.”

“Tengok ni, kakak dan abang ipar saya saksikan fenomena ini semalam di Mekah. Subahanallah, Maha Suci Allah.”

Sumber: Madiha, Sy & Youtube




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top