(Video) Pemandu lori simen tak perasan terlanggar & seret Axia


Kereta Perodua Axia berwarna hijau yang dipandu oleh lelaki warga emas dilanggar sebelum diseret sebuah lori simen. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang semalam di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Kong Yoke Hong, dalam perjalanan ke Puchong sebelum dilanggar, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, ketika mangsa melalui persimpangan lampu isyarat di Jalan Klang Lama, mangsa dari lorong kiri masuk ke lorong kanan. 

Pemandu lori terbabit yang berada di lorong kanan tidak menyedari Axia masuk ke laluannya terus melanggar bahagian belakang Axia sehingga berpusing lalu menyeretnya. 

Hujan lebat menyebabkan pemandu lori itu tidak perasan sebelum merasa gegaran pada lorinya.

"Pada mulanya pemandu lori berasakan kenderaan dipandunya melanggar luban dan meneruskan perjalanan sehingga ada kenderaan lain membunyikan hon. 

"Pemandu lori itu kemudian memperlahankan kenderaan sebelum menyedari sudah terlanggar sebuah kereta," katanya. 


Video kejadian itu turut viral di media sosial. 

Kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959. 




r

Post a Comment

0 Comments