(Video) Lelaki Terkejut Botol Susu Tiba-Tiba Meletup, Melantun Sampai Siling Rumah

Baru-baru ini tular sebuah rakaman video yang memaparkan sebotol susu meletup tiba-tiba dan nyaris mencederakan seorang lelaki.

Kejadian di Hubei, China berlaku apabila botol yang dipercayai mengandungi susu itu diletakkan di atas meja, namun malangnya, botol susu tersebut secara tiba-tiba terjatuh ke lantai dan melantun sebelum meletup.

Kesannya, lantai ruangan berkenaan bersepah dengan cairan susu yang tumpah. Lebih malang, letupan botol tersebut telah membuatkan botol itu melantun ke bahagian siling dan menyebabkan kerosakan.

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan terhadap lelaki berkenaan. Berdasarkan kejadian ini, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam setiap perbuatan kerana pelbagai perkara boleh berlaku tanpa diduga.

Sumber: SCMP




Post a Comment

0 Comments