(Video) 'Kenapa jahat sangat?!' - Netizen kecam individu jatuhkan plastik air ke muka gelandangan sedang tidur


Alangkah tergamaknya individu yang tidak bertanggungjawab menganiaya seorang lelaki yang dipercayai gelandangan, sedang tidur nyenyak di tepi sebuah bangunan. 

Dalam insiden yang tidak dinyatakan lokasinya itu, gelandangan berkenaan yang tidak berbaju tidur di lantai.

Secara tiba-tiba, satu beg plastik yang berisi air jatuh menimpa mukanya membuatkan dia terkejut lalu berdiri. 

Bukan sahaja mukanya mengalami kesakitan, malah pakaiannya turut basah disebabkan perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab itu. 



Insiden itu juga dirakam seorang individu yang dipercayai rakan kepada si pelaku sebelum dimuat naik dan viral di media sosial. 

Tindakan si pelaku itu mengundang kemarahan netizen dan mendoakan agar si pelaku menerima balasannya kelak. 











Sumber: Daus



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top