(Video) 'Kau panggil ketua kau sekarang sebelum aku mengamuk dalam ni!' - Pelanggan dakwa pekerja kurang ajar dengannya tetapi...


"Ketua kau mana?! Panggil ketua kau!!" kata wanita yang merakam video di sebuah premis yang mendakwa salah seorang pekerjanya bersikap kurang ajar. 

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Ninso Batu Pahat dan dirakam sendiri oleh Nurshaidah Hamdan sebelum dimuat naik ke Facebook dan kini viral di merata-rata tempat. 

Pengadu: "Eh kurang ajar dia ni ye? Kau cari pasal dengan aku tau!" 

Pekerja: "Aku cari pasal apa dengan kau?!" 

Pengadu: "Kau panggil ketua kau sekarang, sebelum aku MENGAMUK dalam ni! Kurang ajar betul budak ni. Ni budak paling kurang ajar kat sini!" 

Pekerja: "Pergi mamp*s la kau si*l!"

Pengadu: "Panggil ketua kau!" 

Pekerja: "Dia nak mengamuk kat aku time aku busy. Padahal aku tengah serve customer tengah bayar ni." 

Pengadu: "Panggil ketua kau, mana!" 


Keadaan menjadi semakin tegang berikutan pengadu dilihat memprovok pekerja terbabit sehingga beberapa rakan sekerjanya datang untuk menenangkan keadaan. 

Menurut netizen yang memahami percakapan dalam video berkualiti rendah nak mati itu padahal melambak handphone canggih di pasaran, juruwang berkenaan sedang melayan pelanggan yang membuat bayaran tetapi dipanggil oleh pengadu yang memintanya mengambil barang di rak belakang kaunter. 

"Banyak kali dia panggil, padahal cashier dah cakap tunggu kejap. (Ini yang saya faham dari video). Tu yang hilang sabar cashier ni. Penat kot kerja berdiri saja. Datang pula customer yang 'always right' ni. Tu yang dibaling dengan barang tu," kata netizen. 

Bagaimanapun, Nurshaidah Hamdan tampil memberi penjelasan mengenai kejadian itu. 

"Ramai yang add akak dari malam semalam sampai hari ini. Maaf, akak sibuk ke sana sini. Ramai sangat yang add sampai beratus akibat video viral. 

"Yang concern terima kasih dan Alhamdulillah. Yang mengutuk tu pun terima kasih sebab kalau benda tu tak betul, ia akan berbalik pada awak ye. Lagi awak maki saya, lagi kuat semangat saya. Amin. 

"Siap ada yang maki-maki saya, menuduh saya mencetuskan pergaduhan. Allah. Tak apalah, terpulang nak percaya apa yang awak percaya. 

"Saya nak cerita pun kes dah settle dengan pihak Ninso yang minta video itu dipadamkan. Diorang dah minta maaf bagi pihak budak itu. Jadi, tak perlulah saya jelaskan lagi. Selebihnya saya berserah pada kuasa Allah," katanya. 


Kesimpulannya, kes berpunca dari kurangnya kesabaran. Maka belajarlah bersabar dan usah viralkan perkara yang tidak perlu diviralkan. Benda boleh bincang, buat apa nak viral? 




r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top