(Video) Kali Pertama Tampil, Ibu Sebak Pasukan Penyelamat Sanggup Korban Cuti Raya Demi Cari Nora Anne

Kuala Lumpur, 10 Ogos- Ibu kepada remaja Ireland yang hilang, Meabh Jaseprine Quoirin bersama suaminya, Sebastian Marie Philipe hari ini telah menyuarakan rasa syukur dan terima kasih kepada setiap orang yang terlibat membantu mencari dan mendoakan keselamatan anaknya.

“Selamat pagi semua. Kami ingin berterima kasih kepada setiap orang dari kalian. Kami tahu kalian mencari Nora siang dan malam. Kami saksikan kalian bekerja keras dan berdoa untuk kami, bersama kami.

“Kami tahu kalian telah mengorbankan masa terutamanya menjelang perayaan istimewa ini (Aidiladha) untuk bersama kami di sini.

“Kami sangat menghargainya dan berterima kasih atas semua yang kalian lakukan kepada kami, kepada anda semua di sini dan semua orang yang membantu dan tidak berada di sini.”

Meabh menzahirkan setinggi penghargaan dan pengharapan agar dapat bertemu kembali anaknya.

Thank you so much. Terima kasih,” katanya mengakhiri ucapan ringkas tersebut dalam bahasa Melayu sebagai penghargaan tulus darinya.

Menurut Bernama, perjumpaan tersebut diadakan di resort berkenaan pada hari ini bersama pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di sana. Misi menyelamat itu diperkuatkan dengan lebih 200 individu termasuk anggota unit khas Polis Diraja Malaysia, komando VAT69 dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Orang Asli tempatan.

Sebelum ini, penduduk sekitar turut melakukan solat hajat bagi membantu pencarian gadis tersebut.

Hari ini merupakan hari ketujuh Nora Anne Quoirin, 15 hilang setelah tiba di Malaysia pada Sabtu lepas bersama keluarganya untuk bercuti di negara ini selama dua minggu.

Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu dikesan hilang dari biliknya pada jam 8 pagi hari Ahad lepas.

Sumber: Polis Negeri Sembilan, Bernama




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top