(Video) 'Hey! Hey! No plat ada, saya rakam dah' - Tak puas hati ditegur, lelaki langgar pengawal keselamatan


Berang ditegur meletakkan kereta di parkir teksi, seorang lelaki sanggup bertindak mengundurkan kereta dan melanggar pengawal keselamatan wanita. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.30 tengah Isnin di Hospital Seberang Jaya, Prai itu, mangsa berusia 43 tahun mengalami lebam di betis kiri dan telah membuat laporan polis. 

Kejadian itu sempat dirakam oleh orang awam yang kemudian dimuat naik di media sosial. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, siasatan mendapati pemandu Proton Saga itu meletakkan keretanya di parkir teksi dan ditegur oleh mangsa. 

Suspek kemudian beredar dan datang semula selepas 20 minit kemudian dan sekali lagi meletakkan keretanya di parkir teksi itu. 

Mangsa sekali lagi menegur perbuatan suspek sehingga berlaku pertengkaran di antara mereka. Suspek melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa yang hanya menjalankan tugas. 

Gagal mengawal kemarahan, suspek masuk ke dalam kereta lalu mengundur sehingga terlanggar kaki mangsa. 


Ekoran video kejadian itu viral, suspek tampil menyerah diri pada jam 11 malam tadi. Jelasnya, dia terpaksa meletakkan keretanya di situ kerana membawa bapanya yang lumpuh untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro, Info Viral



r

Post a Comment

0 Comments