(Video) 'Dah la kencing dalam seluar, kencing pula di kedai dobi'


Apa nak jadi anak-anak sekarang. Terkinja-kinja dengan kawan, kemudian kencing atas lantai di kedai dobi saya. Kalau kenal, beri pengajaran sikit pada mereka," demikian luahan pemilik kedai dobi layan diri, Mat Nasir, di Facebook Group Geng Viral Melaka. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, kejadian itu berlaku pada 6 Ogos lalu kira-kira jam 1.49 petang di dobi layan diri yang terletak di Pusat Niaga Bukit Baru Utama. 

Video CCTV menunjukkan, remaja perempuan itu mencangkung tanpa membuka seluarnya terus membuang air kecil berhampiran kerusi yang disediakan di premis itu. Sesekali kakinya menggeletis kerana terkena air kencingnya sendiri. 

Suspek juga dirakam kerap datang ke premis itu bersama dengan beberapa rakan lelakinya yang dipercayai menjadi premis itu sebagai port lepak. 


Laporan Harian Metro mengatakan, remaja itu turut mengambil pakaian yang ditinggalkan pelanggan untuk menutup air kencingnya itu. 

Menceritakan semula kejadian itu, Mat Nasir berkata, dia berasa ada sesuatu yang tidak kena dengan premisnya sebaik melihat CCV melalui telefon bimbitnya. 

"Saya ke kedai dobi untuk membuat pemeriksaan sebelum melihat tompokan air berdekatan bangku. Kemudian memeriksa CCTV dan mendapati ia dilakukan remaja terbabit. 


"Dia boleh tumpang tandas restoran berhampiran kalau sudah tidak tahan sangat. Ini tidak, buang dekat premis saya. Perangai memang tak senonoh," katanya. 

Mat Nasir mengakui ada terserempak dengan remaj itu pada jam 7 pagi beberapa hari kemudian lalu bertanya mengenai perkara itu. Tetapi remaja itu enggan mengaku sehinggalah Mat Nasir memberitahu perbuatannya itu telah dirakam CCTV membuatkan dia terdiam. 

"Mukanya pucat dan ketakutan sebelum beredar dari situ. Orang kurang siuman pun tidak lakukan perbuatan ini," katanya. 




r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top