(Video) 'Chow! Chow! Dah berterabur kedai dia, apa lagi nak buat?!' - Sekumpulan remaja aniaya pengguna jalan raya, peniaga


Kurang ajar dan biadab! Itulah tindakan sekumpulan remaja yang sengaja menganiaya beberapa pengguna jalan raya dan peniaga di sekitar kawasan Anggerik, Kuala Lumpur. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai perbuatan sekumpulan remaja terbabit. 

Namun pihaknya akan melakukan rondaan lebih kerap di lokasi itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sekumpulan remaja itu tampil menghubungi Bilik Gerakan IPD Cheras di talian 03-92845050 atau 03-92845051. 

Berdasarkan klip video viral itu, suspek bersembunyi di tepi jalan dan melastik kereta yang lalu di jalan itu dengan batu.


Mereka juga turut baring di tengah jalan dengan niat mahu menakutkan pengguna jalan raya dan membahayakan nyawa diri mereka sendiri. 


Selain itu, suspek yang sama menyelerakan barang-barang di sebuah premis perniagaan dan melemparkan kata-kata kesat. 


Perbuatan keji mereka itu dirakam oleh rakan sendiri yang kemudian dimuat naik di media sosial mengundang kemarahan netizen. 




r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top