(Video) Budak maut terbakar dengan kaki terjuntai di tingkap, netizen dakwa bomba lewat tiba di lokasi


Kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun maut selepas gagal mencari jalan keluar apabila rumahnya terbakar.

Dalam kejdaian yang berlaku di Khemisset, Morocco, mangsa, Hiba, sebelum itu sedang bermain di tepi tingkap dan tiba-tiba alat pengecas telefon bimbit yang berada di dalam bilik meletup lalu menyebabkan kebakaran. 

Ketika itu, ibu sedang menyusukan anak bongsunya di bilik lain, manakala suaminya pula dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Asar. 

Terkejut mendengar letupan itu, si ibu segera membawa anak bongsunya keluar dan cuba masuk semula untuk mendapatkan Hiba tetapi dihalang oleh jiran kerana api terlalu marak.

Keadaan menjadi semakin buruk, Hiba cuba mencari jalan keluar tetapi gagal. Jalan terakhir, Hiba cuba keluar melalui tingkap, malangnya tersangkut di jeriji. 

Orang ramai yang ternampak kebakaran itu cuba menghubungi pihak bomba selama 23 minit, tetapi tiada sebarang respon yang diterima. 

Menurut seorang saksi kejadian, "Ada yang pergi ke balai bomba dan anggota bomba berkata mereka perlu memakai pakaian seragam untuk menyelamatkan mangsa," katanya. 


Tiada apa yang dapat dilakukan oleh orang awam selain hanya menangis dan menjerit melihat mangsa hangus dijilat api dengan kakinya terjuntai di luar jeriji tingkap sebelum bomba tiba lewat di lokasi kejadian. 

Video dan gambar kejadian itu tersebar di media sosial membuatkan netizen bengang dan menganggap bomba perlu bertanggungjawab di atas kelewatan mereka memberi respon pada kes kecemasan. 

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian tersebut. 



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top