(Video) Berang disuruh turun ambil makanan yang dipesan, Datin tampar Pengawal Keselamatan


Berang disuruh turun ambil makanan, seorang wanita menampar pengawal keselamatan dalam kejadian petang semalam di sebuah kondominium di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, jam 4.21 petang. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut merakam dengan jelas kejadian itu dan video itu kini viral meluas di media sosial. 

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Kondominium berkenaan, Hazri Mohd Zahri berkata, siasatan mendapati wanita itu bersama dengan pasangannya bengang apabila mereka diarahkan turun ke lobi untuk mengambil makanan yang dipesan secara online. 

Difahamkan, peraturan di kondominium itu menetapkan, penghuni yang membuat pesanan makanan atau apa-apa perlu barang perlu mengambil sendiri di lobi kerana orang luar tidak dibenarkan naik ke rumah penghuni bagi tujuan keselamatan. 

"Difahamkan, wanita itu yang mengaku dirinya adalah Datin dan suaminya Datuk, mengarahkan pengawal keselamatan yang bertugas mengiringi penghantar makanan ke rumahnya, tetapi petugas warga Nepal enggan berbuat demikian kerana ia bukan tugas pengawal keselamatan. 

"Kemudian wanita itu bersama pasangannya terpaksa turun ke lobi untuk mengambil makanan. Sebelum beredar, wanita itu sempat menampar salah seorang pengawal keselamatan," katanya.


Meskipun pengawal keselamatan itu tidak mengalami kecederaan, tetapi tindakan 'Datin' itu adalah tidak wajar kerana mangsa tidak melakukan sebarang kesalahan. 

Ekoran kejadian itu, pihak pengurusan kondominium akan membuat laporan polis terhadap wanita itu hari ini. 

Sumber: Sinar Harian



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top