(Video) 'Bangga lalu bawah treler, kau tunggu polis datang bawa ke balai'


Baru-baru ini, viral video seorang penunggang motosikal melakukan aksi berbahaya sehingga mengundang pelbagai kecaman netizen di media sosial. 

Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu, penunggang motosikal terbabit merakam aksi berbahayanya dengan menunggang melalui bawah treler yang membawa muatan konkrit. 

Difahamkan, lelaki itu cuba meniru aksi berbahaya yang selalu dilakukan dalam filem Hollywood.

Pemandu treler yang terkejut terus membunyikan hon berpanjangan, namun penunggang motosikal itu hanya sekadar ketawa sahaja. 

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penunggang terbabit, tampil membantu siasatan. 

Polis juga sedang giat mengesan lokasi kejadian dan nombor pendaftaran motosikal suspek. 


Tindakan penunggang motosikal itu adalah berbahaya dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Jika disabit kesalahan, pelaku boleh dipenjara maksimum lima tahun dan denda serta hilang kelayakan untuk menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan penunggang motosikal itu yang dianggap bodoh kecik-kecik tak nak mati dah besar menyusahkan orang pula. 




r

Post a Comment

0 Comments