Tular Video Pergaduhan Di Kedai Serbaneka, Pelanggan Terlibat Tampil Beri Penjelasan

Hari ini, tular video yang memaparkan satu insiden pergaduhan yang melibatkan seorang pekerja dan pelanggan di sebuah kedai serbaneka dipercayai terjadi di Batu Pahat, Johor.

Pada permulaan video yang dirakam oleh pelanggan terbabit, kelihatan pekerja berkenaan bertikam lidah dan bertindak membaling sesuatu yang dibercayai sebagai papan tanda ‘counter close’ ke arah si pelanggan.

Berikutan itu, video berkenaan mula menerima pelbagai reaksi dari netizen. Ada di antara mereka yang medakwa sebagai saksi mata  dan menceritakan tentang punca insiden berkenaan.

Menurut saksi itu, pekerja terbabit sedang melayan pelanggan lain dan masih ramai yang beratur di kaunter bayaran.

Saya ada masa ni, Customer ni nak beli barang yang tergantung kat belakangn tu. Tapi dia tak sabar. Cashier ni tengan layan customer yang nak bayar, beratur ramai. Tapi akak ni diri kat tepi tunggu cashier tu siap. Tak silap akak tu baru je tunggu. Then masa nak bayar tu, saya tengah keluarkan duit. Cashier tu tanya dia dengan nada yang baik dan sopan lah kan. Tapi akak tu terus marah cakap:

” Awak tahu tak berapa lama saya tunggu kat sini. Susahlah nak beli barang gantung kat situ.”

Selain itu, ada dakwaan yang menyatakan bahawa pekerja bertindak sedemikian apabila pelanggan berkenaan mula merakam video.

Dia (Pelanggan) potong barisan, cashier tengah scan barang customer lain. First come, first serve, jadi cashier tu terus layan customer yang datang dulu dan hiraukan bebelan pelanggan berkenaan sehinggalah dia mula merakam video.

Namun menurut individu yang dipercayai sebagai pelanggan tersebut menjelaskan bahawa kes tersebut telah selesai dan pihak kedai terbabit juga telah minta supaya video itu dipadam serta telah memohon maaf bagi pihak pekerja mereka.

Ramai yang add saya dari semalam sampai hari ini. Maaf saya sibuk ke sana sini. Ramai sangat add sampai beratus sebab video viral. Terima kasih dan Alhamdulilah untuk yang prihatin.

Saya nak cerita yang ini sebenarnya sudah selesai dan pihak kedai sudah minta maaf bagi pihak pekerja itu.

[Penafian: Nama beberapa pihak tidak didedahkan atas sebab-sebab tertentu]


Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top