Teknik Betul Bersihkan Minyak/Kicap Yang Tumpah. Tak Perlu Sabun & Mop Cuma Guna Tepung

 

Sedang pegang botol kicap di dapur tiba-tiba terkejut bunyi telefon, terus terlepas botol di tangan.

Maka penuhlah lantai dengan kicap yang hitam. Tension sungguh. Ini antara kotoran yang leceh nak dibersih kalau tumpah ke lantai

Tumpahan minyak, kicap, sos di lantai antara kotoran yang paling leceh untuk dibersihkan.

Habis satu dapur perlu bersihkan kalau dibiarkan terutamanya minyak. Penat malah mood memasak pun boleh spoil.

Ya lah paling tidak dua kali kena mop. Tapi sebenarnya ada cara yang mudah untuk bersihkan tumpahan.

Tak perlu ambil mop atau guna air dan sabun pun namun cukup berkesan untuk kembalikan kebersihan lantai.

Teknik bersih tumpahan guna tepung

Apa yang diperlukan cuma tepung gandum saja. Teknik ini dikongsi oleh Chef As – As Homemade. Caranya seperti berikut:

1. Sekiranya kicap, minyak, sos atau sebarang jenis cecair tumpah di lantai jangan terus mop. Cara ini boleh menyebabkan kotoran makin merebak ke bahagian lain.

2. Teknik paling berkesan untuk bersihkan tumpahan jenis cecair ini adalah dengan menggunakan tepung gandum.

3. Taburkan di atas tumpahan dengan rata lalu biarkan seketika supaya tepung dapat menyerap tumpahan.

4. Selepas itu menggunakan sarung tangan, kaut semua kesan kotoran yang sudahpun bergumpal dengan tepung.

5. Ketika ini kerja pembersihan akan jadi lebih senang, cuma perlu kaut gumpalan tepung tadi untuk dibuang.

6. Selepas itu boleh dilap atau dimop lantai jika mahu. Untuk lebih mudah, boleh lihat video perkongsian Chef As.

Sumber: Chef As – As Homemade

 

The post Teknik Betul Bersihkan Minyak/Kicap Yang Tumpah. Tak Perlu Sabun & Mop Cuma Guna Tepung appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top