'Suami dia curang pun sebab bini kurang ajar, selalu minta cerai' - Wanita dituduh rosakkan rumah tangga orang tampil beri penjelasan + bukti


Mei lalu, seorang wanita meluahkan rasa kesal dan kecewanya terhadap suaminya yang didakwa berlaku curang secara terang-terangan sehingga mengaibkan keluarga. 

Menurut Nur, rumah tangganya retak dek orang ketiga yang juga mencabar dia untuk viralkan 'kecurangan' itu di media sosial.

"Hari terakhir aku jumpa kau (suami), kau kata kau bosan, jemu dan apa yang kau plan masa awal perkahwinan tak menjadi. Salah satu darinya ialah tak bagi kau anak. 

"Allah.. terduduk aku, menangis aku di depan kau. Tergamak kau kata sesuatu yang macam itu kepada isteri yang selama ini bersusah payah dengan kau sejak 10 tahun lalu (kahwin empat tahun). 

"Akhirnya ini yang aku dapat selepas aku sayang dan kasihkan kau, lakukan segala-galanya untuk kau," katanya. 

Nur mendakwa 'orang ketiga' itu mencabar dia untuk viralkan walaupun pada awalnya Nur memilih untuk berbincang secara baik. 

"Dia cabar saya untuk viralkan. Saya dah cakap secara baik, itu suami saya. Tapi dia gelakkan saya. Makin banyak up gambar dan video di Instastory setiap jam bersama suami saya. Pergi club, check in hotel di Genting dan sebagainya. 

Sebelum ini, 'orang ketiga' itu pernah memberikan respon apabila ada yang bertanya apakah teman lelakinya itu adalah suami orang. Namun dia menasihatkan netizen tidak mendengar sebelah pihak sahaja. 


Semalam, wanita yang dikenali sebagai Meen menghubungi The Reporter dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. 

"Bila masa entah saya cabar dia. Tak ada masa nak cabar cabar orang. Sampai up cakap suami nak cerai sebab tak ada anak. Nak cerai pun sebab bini kurang ajar. Bukti semua saya ada. Sampai tak nak jumpa mak mertua. 


"Ini laki dia tengah main game kat tempat kerja, laki dia kerja guard. 

"Ayah lelaki pun tak restu masa diorang kahwin sebab sebelum kahwin, perangai ex wife dia maki-maki. 



"Masa kenal pun saya tak tahu dia suami orang. Semua dirahsiakan dan bila ex dia chat, baru tahu. Masa itulah dia cakap dah nak bercerai buat kali kedua. Bukan pertama, KEDUA. Suami saya kata, dulu rujuk pun sebab bekas isteri dia merayu di mahkamah. Suami saya kasihan dan rujuk dia," katanya.  

"Tengoklah, sampai ada DM cakap ex wife kepada husband saya, menggatal dengan suami dia. 


"Dan kami tak ada check in pun masa di Genting. Pergi pun balik hari. Lepak kat parking pukul 10 pagi terus balik. Dia cakap kami kenal bulan 3? Kami kenal bulan 4 di kedai makan. 


KENAPA BARU SEKARANG TAMPIL BERI PENJELASAN DAN NAFI DAKWAAN DIA?

"Sebab dia dah melebih. Macam-macam dia buat cerita sebab nak orang pandang dia betul. Melebih burukkan benda yang kami tak buat. Biarkan pula orang lain tahu siapa dia sebenarnya. 

"Biar orang tahu yang kami tak buat seperti apa yang dia katakan. Suami dia curang pun sebab dia banyak kali minta cerai. Bagi alasan nak cerai sebab suami dia cakap sebab tak ada anak. Padahal suami dia tak ada setitik pun sentuh soal anak. 

"Bila saya tanya kawan-kawan suami, bekas isteri dia memang jenis mulut kurang ajar. Dengan diorang pun nak bergaduh.

Sumber: @meeeennnn__



r

Post a Comment

0 Comments