Selamber Je Boleh Tonton Lebih 50,000 Program Menarik, Aplikasi Percuma Ni Wajib Semua Pelanggan Astro Ada

Hiburan memang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan seharian. Kita memerlukan hiburan setiap hari sebagai terapi diri untuk menghilangkan kepenatan.

Apabila sebut tentang hiburan, terdapat banyak pilihan yang boleh kita nikmati, dan salah satunya adalah dengan berehat di depan TV sambil menonton rancangan kegemaran anda seperti drama dan rancangan realiti tv.

Tapi tu dulu la, trend sekarang dah berubah walaupun masih ada yang menonton tv.

Kini, untuk berhibur dan menonton drama atau filem anda boleh menggunakan telefon pintar je. Anda boleh menonton dimana sahaja dan yang paling penting ianya jauh lebih praktikal.

Paling mudah dan trending sekarang adalah dengan berhibur melalui aplikasi mobile di atas talian iaitu “Astro GO”.

Jika anda pelanggan Astro, semua ini percuma dan special untuk anda.

Kami yakin, anda mesti pernah dengar tentang Astro GO sebelum ini. Confirm ramai juga yang tak tahu yang Astro GO sekarang dah berwajah baru serta banyak penambahbaikan sudah dibuat. Ini adalah antara perkara menarik mengenai Astro GO.

UI berwajah baru

Astro GO dengan UI berwajah baru kini lebih mudah untuk membuat carian dengan pantas. Apa yang perlu anda buat ialah masukan sahaja tajuk di kotak carian.

Tak ingat tajuk? Tak pa, anda boleh juga masukan nama pelakon atau pengarah program dah boleh dapatkan list program yang anda cari.

Selain itu, anda juga boleh membuat carian program kegemaran anda melalui kategori-kategori seperti tertera dalam paparan screenshot dibawah.

Kalau anda terlepas nak menonton mana-mana program dekat tv, anda tak perlu risau lagi sebab dengan Catch Up, anda boleh tonton semua program bila-bila masa je di waktu lapang.

Lagi menarik, semua drama-drama bersiri dan filem-filem Hollywood yang lepas juga boleh anda akses bila-bila masa je melalui Boxsets.

Rancangan-rancangan berkualiti berkaitan Dunia Sukan dan juga Kanak-kanak juga turut tersedia di Astro GO.

Lebih 50,000 rancangan On Demand boleh diakses

Astro GO kini menawarkan lebih 50,000 rancangan yang boleh diakses sama ada melalui aplikasi mobile mahupun laman web dengan mudah dan dimana-mana sahaja.

Drama dan filem menarik luar serta dalam negara, rancangan live hiburan dan sukan, program-program tv menarik, dokumentari terkini dan macam-macam lagi sudah tersedia untuk anda tonton bila-bila masa je.

Satu ID, Empat Peranti

Lagi satu, Astro GO adalah percuma untuk semua pelanggan Astro.

Yang bestnya, dengan Astro GO anda tak lagi perlu berebut remote tv lepas ni dengan family yang lain. Kenapa?

Lepas je anda mendaftar dengan Astro GO, Astro ID tersebut boleh digunakan untuk mengakses 4 peranti serentak.

Jadi, tiada masalah untuk anda tonton drama Melayu dekat tv, menangis layan K-Drama dekat telefon atau tengok bola dekat laptop. Serentak, tak ada masalah.

Mak ayah pun tak perlu risau, kalau anak minat tonton kartun sehingga tak ada peluang nak tengok rancangan kegemaran anda, Astro GO adalah jawapan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.

Lupakan gangguan alam

Syoknya bila guna Astro GO, anda tak perlu berhenti menonton ketika hujan macam selalu ketika tonton saluran Astro di tv.

Bukan setakat gangguan alam seperti hujan, bahkan jika bekalan eletrik terputus atau decoder Astro rosak sekalipun, Astro GO tetap boleh diakses tanpa sebarang masalah.

Lagi best, mana-mana channel yang anda rasa anda ‘layan’ sangat, anda boleh setkan sebagai Favourite dan tambah dekat Home Screen. Dengan cara ni, akses menjadi lebih mudah tau.

Pergi je dekat Panduan Saluran, kemudian klik ikon Channel dan tambah ke Senarai Kegemaran. Senang je kan.

Bestnya! Untuk mendapatkan perkhidmatan Astro GO ni, anda cuma perlu muat turun dekat Playstore dan Apple Store. Astro GO juga boleh diakses melalui laman web, astrogo.com.my

Daftarkan Astro ID dan link dengan akaun Astro anda. ID yang sama itu anda boleh guna untuk mengakses sehingga 4 peranti serentak.

Anda boleh tonton video dibawah sebagai panduan untuk menggunakan Astro GO.






Post a Comment

0 Comments