Polis Jejak Pemilik, Pemandu Myvi Lawan Arus Menuju JB Sentral

JOHOR BAHRU, 5 Ogos (Bernama) — Polis sedang menjejak pemilik atau pemandu sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam yang memandu melawan arus di jalan menuju ke JB Sentral di sini, yang videonya tular dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata polis telah menerima rakaman video kejadian pada Jumaat lepas (2 Ogos) daripada orang ramai.

“Sehingga kini tiada laporan polis diterima berhubung kejadian berkenaan.

“Sehubungan itu, pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pemilik atau pemandu kereta tersebut,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Video berdurasi 18 saat itu dikongsikan pemilik sebuah akaun Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis, hari ini.

Rakaman video diperoleh daripada kamera video yang dipasang di dalam sebuah lagi kereta yang sedang melalui jalan terbabit.

Video juga jelas menunjukkan dua kereta terbabit hampir berlanggar akibat tindakan pemandu berkenaan.

Sumber: Bernama




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top