Pantau Baby Dalam Bilik Dari Luar Guna Apps, Taklah Penat Ulang Alik Jenguk Baby

 

Bagi ibu yang ada baby, waktu anak tidur adalah masa terbaik untuk melakukan semua kerja di rumah.

Nak kemas, memasak, mandi dan sebagainya. Tapi waktu buat kerja ini kalau bayi tidur dalam bilik mulalah kita asyik terjenguk-jenguk.

Risau terjaga, jatuh katil dan macam-macam lagi lagi. Bagi memudahkan kerja mak memantau baby dalam bilik boleh gunakan aplikasi baby cam.

Tak payahlah berkali-kali jenguk anak dalam bilik. Dari dapur hatta bilik air pun kita boleh pantau lagi anak.

Lebih kurang macam CCTV jugaklah tapi yang ini melalui telefon saja. Ini perkongsian dari ibu yang dah menggunakannya Nurul Wafa.

Cara nak gunakan

1. Pertama sekali kena telefon kedua untuk dijadikan CCTV.

2. Muat turun pada kedua-dua telefon. Telefon pertama sebagai ‘camera’ untuk diletak di bilik bersama dengan bayi dan satu lagi bersama ibu yang dinamakan sebagai ‘viewer’.

 

3. Kena pastikan kedua-dua telefon ada sambungan internet (wifi/data).

4. Paparan pada peranti “Camera” akan menunjukkan nombor kod, masukkan nombor tersebut pada peranti “Viewer” untuk menyambungkan kedua-duanya.

5. Setelah bersambung, anda boleh letakkan “Camera” berhampiran dengan bayi. “Viewer” akan menunjukkan baki kuasa bateri pada “Camera”, tetapi anda boleh sambungkan terus peranti itu kepada pengecas untuk mengelak dari kehabisan kuasa (letak jauh sedikit dari bayi).

6. Boleh tengok sekarang baby sedang tidur dengan lena so mommy boleh makan, buat kerja dgn tenang.

7. Noise detected. Aplikasi ini turut mampu mengesan bunyi dan sekiranya anak anda menangis, kita akan dapat dengar dan lihat pada peranti satu lagi. Jadi cepat-cepatlah ke bilik.

8. Waktu anak sedang menangis dan sementara nak sampai ke bilik tu boleh on microphone utk beri anak dengar suara kita supaya dia lebih tenang.

Ibu yang ada anak kecil, boleh download apps ini. Free lagi.

Sumber: Nurul Wafa

 

The post Pantau Baby Dalam Bilik Dari Luar Guna Apps, Taklah Penat Ulang Alik Jenguk Baby appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments