Orang Tanya Sherry Al-Hadad Bila Nak Kahwin,Tak Sangka Ini Jawapan Sherry

Siapa Tak Kenal pelakon dan pengacara popular, Sherry Al-Hadad tidak pernah berasa tertekan apabila ditanya soal jodoh dan pasangan hidup memandangkan ibu dan anggota keluarganya tidak terlalu bertanyakan mengenai perkara itu.

Walaupun usia sudah mencecah 35 tahun, Sherry berkata, kebanyakan ahli keluarga dan saudara yang ditemui bersikap positif dengan mendoakan supaya dia bertemu dengan jodoh yang baik satu hari nanti.

Sherry mengakui, sebelum ini dia bimbang apabila setiap kali pulang menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Kuching, Sarawak kerana saudara mara akan bertanya mengenai jodoh dan menjadikan ia satu isu.

“Bagaimanapun, tidak seorang pun bapa dan ibu saudara saya bertanyakan hal itu, sebaliknya mereka mendoakan supaya satu hari nanti saya bertemu jodoh dengan lelaki yang baik,” katanya. Menurut Sherry, mereka memahami bahawa soal jodoh itu ketentuan Allah.

“Kalau orang kata saya terlalu memilih, sebenarnya saya bukanlah memilih sebaliknya saya mencari pasangan yang boleh memahami saya dan kerjaya saya,” katanya.

Menurut pengacara program Mingguan Wanita dan Big Stage ini, dia percaya setiap manusia akan melalui fasa tertentu dan kadang-kadang ada perkara yang datang dulu dan jodoh datang kemudian.

“Ada orang selepas habis belajar mereka mula membina kerjaya. Sedikit demi sedikit mengumpul harta dengan membeli kereta, rumah dan sebagainya. Ada yang bekerja dengan niat untuk membantu keluarga terlebih dulu sebelum memikirkan soal jodoh.

“Ada juga selepas habis belajar dan bekerja setahun dua sudah bertemu jodoh, jadi mereka berkahwin awal. Semua ini sudah ditentukan. Saya sendiri mungkin Allah dorongkan untuk membina kerjaya terlebih dulu sebelum jodoh didatangkan kepada saya kemudian,” katanya.

Disini ada sedikit info mengenai pengacara yang berbakat besar ini.

Nama sebenar beliau adalah Shariffah Mariam Binti Syed Abdullah Al Hadad atau lebih dikenali sebagai Sherry Alhadad. Beliau dilahirkan pada 17 November 1984.

Sherry Alhadad merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara TV. Beliau juga bergelar pensyarah di Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang teater.

Bakat lakonan Sherry bermula ketika menuntut di ASWARA dan kemudiannya dibawa ke industri lakonan oleh pengarah Shahrulezad Mohamamedin menerusi telefilem “Sutun” pada tahun 2006.

Sejak itu dia bergelar pelawak dan pengacara TV terkenal termasuk pernah mengacarakan program sensasi Melodi TV3. Beliau begitu popular bersama rakan regunya pelawak Zulin Aziz yang sama-sama mengacarakan program bual bicara di TV9 iaitu “Diva-Terbitan”.

Anak-anak saudaranya yang lebih berusia darinya terlebih dahulu menceburi bidang seni iaitu dramatis tersohor 90-an Sharifah Haslinda dan pelawak terkenal Sharifah Shahirah. Setelah itu seorang lagi anak saudaranya yang lebih muda, Sharifah Sakinah juga bergelar pelakon dan pelawak.

sumber : hmetro




Post a Comment

0 Comments