Nak Tinggi Dah Tak Boleh Tapi Ini Cara Untuk Nampak Ilusi Kaki Lebih Panjang

 

Selain langsing antara bentuk tubuh yang diidamkan wanita adalah ketinggian bak model. Tapi tak semua kita memilikinya.

Ada yang langsing tapi rendah dan ada juga yang rendah, berisi pula. Nak tinggi memang dah tak boleh kalau usia dah mencecah 20 tahun.  Jadi salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah membentuk ilusi kaki yang lebih panjang.

Macam mana nak buat? Tipnya mudah saja.

Lipat sikit bahagian hujung

  • Bila memakai jeans terutama yang mengikut bentuk kaki, lipat sedikit bahagian hujungnya seperti ini.
  • Pastikan anda tidak mengenakan seluar yang labuh, hingga menutup tumit.
  • Jika anda selesa, ‘tuck in baju’ anda kerana baju yang labuh menutup sebahagian kaki dan menampakkan anda lebih rendah.
  • Pilih seluar yang berwarna gelap.

Kasut warna biar senada dengan kulit

  • Selain itu pastikan anda mengenakan kasut yang sesuai, dan ia tak semestikan kasut yang bertumit. Berikut adalah kombinasi jenis jeans dan kasut yang sesuai untuk anda pakai.

Tip ekstra

  • Pilih kasut yang hampir sama dengan tona kulit terutama jika mengenakan skirt untuk membentuk ilusi kaki lebih panjang.
  • Banyakkan kasut stiletto atau runcing di bahagian depan.
  • Elak pakai kasut dengan tali pengikat yang bersilang-silang dengan bahagian buku lali. Ia akan menyebabkan ganguan pada penampilan anda.

Sumber: Wikihow

The post Nak Tinggi Dah Tak Boleh Tapi Ini Cara Untuk Nampak Ilusi Kaki Lebih Panjang appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top