Najib Razak Dedah Bilik Pejabatnya Pernah Ditembak Sniper, Pelaku Tidak Dapat Dikesan

Kuala Lumpur, 9 Ogos- Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak mendedahkan pernah mendapat ancaman ditembak daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Dalam rakaman program Wacana Ilmu Bersama Bossku Najib Razak, beliau berkata biliknya ketika menjadi Ketua Bahagian Pekan pernah ditembak oleh seorang penembak tepat dari jarak 200 meter.

“Satu hari, setahun lebih sebelum pilihanraya, ada sniper tembak ke bilik saya ketika menjadi ketua bahagian di Pekan. Masa tu dia tahu saya tidak ada, tetapi dia ingin menghantar mesej dan menembak peluru mengenai sudut cermin.”

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat namun pihak polis tidak dapat mengesan pelaku tersebut.

Berikutan kejadian itu, polis meningkatkan kawalan ketat Unit Tindakan Khas (UTK) terhadap keselamatannya ketika memegang jawatan Perdana Menteri suatu ketika dahulu.

Beliau turut menjelaskan bahawa persepsi dimainkan sesetengah pihak yang menyatakan dirinya tidak mesra rakyat adalah kerana tuntutan kerja, protokol dan keselamatan.

“Ada orang tanya saya, kenapa sekarang lain dari dulu?”

“Saya tak berubah. Masa dahulu, jawatan PM ini susah. Ada protokol, keselamatan, UTK. Daripada orang yang suka santai, saya ibarat dipagari. Ini tuntutan jawatan.

“Sekarang ini orang nak berswafoto, letak tangan atas bahu saya pun boleh, tiada masalah. Cuma jangan raba sajalah,” tambahnya.

Sumber: Najib Razak




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top