Lelaki Terkejut, Tak Jadi Kahwin Dapat Tahu Wajah Isteri Tak Sama Macam Dalam Gambar

Baru-baru ini nama Yusuf kerap menjadi perbualan netizen dari negara jiran, iaitu Indonesia, di media sosial. Kisah viral tentangnya menyatakan bahawa dia baru saja ditipu oleh calon isterinya.

Yusuf merupakan Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Korea Selatan tertipu sepanjang berhubungan sebagai status kekasih dengan seorang Buruh Migran Indonesia (BMI) di Taiwan telah viral.

Tidak hanya ditipu hatinya, malangnya Yusuf juga ditipu duitnya berjuta rupiah. Khabar ini menjadi viral selepas hasil wawancara Yusuf dengan rakannya yang dimuat naik di channel YouTube.

Yusuf mengakui kisah cinta jarak jauh (long distance relationship/LDR) dengan TKI Taiwan itu terjalin sudah dua tahun.

Selama bercinta, Yusuf hanya melihat wajah wainta itu dari gambar-gambar yang dikirimkan kepadanya. Dalam gambar itu kelihatan, wanita itu bertudung dengan wajah cantik dan comel.

Yusuf juga sempat dikatakan sering video call dengan wanita itu, tapi wanita itu akan menutup wajahnya.

Dipendekkan cerita, Yusuf yang dikenali oleh rakan-rakannya sebagai lelaki baik dan rajin beribadah akhirnya memutuskan untuk mengahwini wanita yang menjadi kekasihnya itu.

Wanita tersebut pun memang sudah memberi syarat kepada Yusuf, jika mahu menjadi kekasihnya, ia perlu dikahwini terlebih dahulu walaupun hanya dengan perkahwinan siri.

Yusuf pun memutuskan untuk mempersunting kekasihnya ini dan terbang ke Taiwan.

Sayang, selepas semua sudah disiapkan oleh Yusuf, dia akhirnya membatalkan perkahwinannya kerana terkejut melihat wanita yang sangat berbeza wajahnya dengan gambar yang diterimanya selama mereka berhubungan jauh.

Gambar yang selama ini diterima oleh Yusuf merupakan gambar seorang wanita berparas cantik.

Namun, ketika bertemu secara langsung dengan calon isterinya itu, ternyata wajah wanita itu jauh berbeza dari gambar yang diterimanya.

Usia wanita itu pun jauh lebih tua dari Yusuf.

Tidak hanya itu, Yusuf juga kehilangan wangnya, kerana setiap bulan Yusuf diminta wanita itu untuk mengirimkan dia wang.

Sampailah pada hari yang dikatakan adalah perkahiwnannya terpaksa mengeluarkan kos sebanyak Rp 10 juta.

“Ada itu minta buat make up atau apa gitu,” terang Yusuf.

Selepas kejadian tersebut, Yusuf meminta wanita itu untuk mengembalikan sejumlah wangnya yang dipinjam.

Kejadian ini dijadikan sebagai pengajaran baginya. Info terakhirnya, Yusuf memutuskan untuk kembali ke Korea. Terbaru lagi, Yusuf difitnah sudah berkeluarga dan mempunyai anak.

Gambarnya sempat beredar di media sosial. Namun jiran Yusuf mengirimkan mesej pada sebuah akaun gosip dan menjelaskan bahawa Yusuf masih bujang sehingga kini.

Sumber: Tribunnews




Post a Comment

0 Comments