Keistimewaan Hari Arafah Esok, 9 Zulhijjah! Hari Doa Paling Mustajab

 

 

Dalam kegembiraan kita membuat persediaan menyambut hari raya Aidiladha lusa harapnya kita tidak terlupa bahawa esok 9 Zulhijjah juga merupakan Hari Wukuf atau Hari Arafah buat yang mengerjakan jemaah haji.

Pada hari ini semua jemaah haji yang berada di Makkah akan berkumpul di Arafah yang menjadi kemuncak ibadah haji.  Terdapat banyak ganjaran yang termaktub dalam al-Quran tentang hari Arafah ini.

Keistimewaan

1. Diluputkan dosa setahun dan dosa pada tahun akan datang

Pada hari ini umat Islam digalakkan berpuasa sunat kerana ganjaran yang cukup besar. Diriwayatkan dalam sebuah hadith:

Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

“Berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

2. Doa paling mustajab

Pada hari ini juga ambil kesempatan menadah tangan memohon doa kerana hari wukuf adalah waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.

Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah” [Riwayat al-Tirmizi (3509)]

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah ‘Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

Kelebihan lain

Dalam pada itu adalah lagi 5 kelebihan pada hari Arafah yang perlu kita rebut dan juga pada masa yang sama hayati peristiwa di sebaliknya.

3. Hari Arafah adalah rukun daripada haji

Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)]

4. Hari Arafah adalah hari di mana agama ini telah sempurna

Daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya:

Maksudnya: “Wahai Amir al-Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi SAW ketika baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat”. [Riwayat al-Bukhari (43) dan Muslim (5334)]

5. Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam

Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”. [Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]

6. Hari Arafah adalah Hari Penyaksian

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Hari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari Mayshud adalah hari Arafah serta al-Syahid adalah hari Jumaat”. [Riwayat al-Tirmizi (3262)]

7. Hari keampunan dan pelepasan dari api neraka

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”. [Riwayat Muslim (2402)]

 

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan & www.islamituindah.com

 

 

 

 

The post Keistimewaan Hari Arafah Esok, 9 Zulhijjah! Hari Doa Paling Mustajab appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top