Imigresen Pulau Pinang Nafi Pekerja Warga Asing Indonesia Ditampar

Butterworth : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menafikan pegawainya melakukan kekerasaan dengan menampar seorang pekerja warga Indonesia ketika operasi bersepadu dijalankan di Seberang Prai, kelmarin.

Pengarahnya, ​​​​​​​Muhamad Husni Mahmud berkata beliau sendiri mengetuai siasatan itu dan mendapati pegawainya tidak menampar pekerja Indonesia berkenaan seperti yang didakwa.

“Berdasarkan siasatan kami mengesahkan pegawai saya tidak menampar pekerja tersebut seperti yang tular malah provokasi bermula dari mereka (pekerja-pekerja Indonesia) sendiri,” katanya kepada sumber di sini hari ini.

Katanya, pihak majikan pekerja Indonesia itu juga telah menghubungi beliau dan akan datang berjumpa dengannya minggu depan untuk memohon maaf atas perkara tersebut.

Menurutnya, beliau juga sentiasa mengingatkan pegawai yang  terlibat dalam operasi warga asing tanpa izin supaya tidak melayan sebarang provokasi daripada mereka serta mengawal emosi ketika bertugas.

Muhamad Husni berkata pegawainya diingatkan untuk sentiasa menjalankan tugas dengan tegas tapi berhemah.

“Saya harap dengan penjelasan yang diberikan ini dapat membersihkan nama JIM Pulau Pinang,” katanya.

Sejak semalam tular, seorang pengguna Facebook dipercayai warga Indonesia dengan nama Dewi Kholifah memuat naik video berkenaan yang berdurasi 28 saat dengan lapan keping gambar ketika operasi bersepadu dijalankan.

Dewi Kholifah membuat dakwaan petugas Imigresen Malaysia menampar pekerja warga asing Indonesia sambil mengeluarkan perkataan tidak sewajarnya.

Sumber : Bernama




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top