'Dia mengakui ketagih mencium & jilat seluar dalam anak perempuannya'


"Ya Allah, kau cabutlah nyawa bapak sial ini. Dah bau-bau tanah pun tak reti nak bertaubat," itu reaksi netizen selepas membaca perkongsian dari aktivis sosial, Syed Azmi. 

Jumaat lalu, rakan Syed Azmi dihubungi seorang lelaki tua yang ingin mendapatkan khidmat nasihat. Pada awalnya dia menyangka perbualan itu mungkin sekadar perbualan biasa. Tetapi alangkah terkejutnya apabila dia mendengar soalan yang tidak sepatutnya diutarakan oleh seorang bapa. 

JUMAAT lepas (2 Ogos), ada seorang lelaki tua menghubungi saya. Katanya dapat nombor saya dari kenalan yang pernah mendapatkan khidmat nasihat dari farmasi saya. Dia nak tanya perihal anaknya. 

Saya bersangka baik kerana tutur katanya yang nampak seperti seorang pakcik tua yang sopan kerana dia membahasakan dirinya pakcik dan meminta izin untuk memanggil saya 'anak'. Saya biarkan saja walaupun saya tahu saya bukannya muda untuk dipanggil sedemikian. 

Pada awalnya dia agak malu-malu nak bertanya membuatkan saya hampir pasti ia tentu berkaitan hubungan kelamin. Namun sangkaan saya meleset kerana dia bertanya berkenaan anak perempuannya yang berusia 14 tahun. 

Masalahnya, kebelakangan ini dia mendapati seluar dalam anaknya banyak lendir-lendir cair, lalu dia bertanya adakah itu normal? 

Saya pula yang berasa pelik. "Kenapa pakcik tahu berkenaan seluar dalam anak?". Katanya, selama ini dia memang selalu tengok seluar dalam anaknya, setiap hari! Jadi dia boleh agak ada sesuatu yang tak kena dengan anaknya bila kebelakangan ini lendir yang keluar berbeza dari yang selalu. 

Saya bertanya, ke mana pergi isteri dia dan kenapa dia yang kena bertanya tentang perkara ini kepada saya? Lalu terbongkar satu demi satu kegiatan pakcik ini yang mengakui dia ketagih mencium dan menjilat seluar dalam anaknya. Kegiatan ini dilakukan tanpa pengetahuan isterinya, tetapi anak dia sendiri juga merelakan, tiada paksaan. 

(Setelah saya memutuskan talian, saya mengesyaki tujuan dia bertanya soalan ini kepada saya adalah kerana dia risau anaknya mengandung benihnya). 

Dipendekkan cerita, isteri dia tidak dapat memuaskan nafsu dia kerana sibuk bekerja. Dia perlu dilayan tiga kali sehari, sedangkan isterinya pula bekerja menolong kawan menjual kuih bermula jam 10 pagi hingga jam 5 petang. Dan dia pula hanya mengikut kawannya bawa lori dua hari sekali. Dia punyai banyak masa di rumah, menonton video lucah.

Sakitnya pakcik ini bagi saya bila dia menceritakan bahawa anaknya juga seolah-olah rela memberikan seluar dalamnya kepada ayahnya kerana jika dalam sehari ayahnya tidak meminta seluar dalam anaknya, anaknya pula bertanya, "Ayah tak nak seluar dalam ker?" 

Kebelakangan ini katanya, seluar tidur anaknya selalu basah dengan air mazi (anaknya juga ketagih video lucah kerana dalam telefon bimbit anaknya itu ada lebih 250 video lucah). Dia yakin anaknya ada berbuat sesuatu kepada dirinya sendiri. 

Pakcik itu bertanya, bolehkah anaknya mengandung kalau anak dia memakai semula seluar dalam miliknya yang dipenuhi air mani ayahnya? 

Saya dalam suara menahan marah bertanya, "Bukankah pakcik cakap pakcik ambil seluar dalam untuk guna dan selepas itu masukkan dalam mesin basuh? Macam mana pula anak pakcik boleh pakai balik seluar dalam yang ada air mani pakcik?" 

"Sebenarnya begini nak, selepas pakcik melan**p, seluar dalam yang ada air mani pakcik itu, pakcik letak balik kat katil dia. Biar dia tengok," kata pakcik itu. 

"Kenapa nak anak tengok??" suara saya dah semakin tak boleh dikawal. 

Kata pakcik itu, dia rasa bangga bila anak dia tengok yang dia ada banyak air mani. Dan sekarang ni dia tengok anaknya pakai semula seluar dalam tu. 

"Dah macam mana pula pakcik tahu seluar dalam itu anak pakcik pakai balik?" soal saya. 

"Pakcik kenal sebab bila anak pakcik cabut seluar jeans dia, dia cabut sekali seluar dalam itu. Melekat kat seluar jeans dia. Dia sangkut dalam bilik air. Jadi pakcik tahulah yang dia pakai balik seluar dalam itu." katanya. 

Sekarang ini seolah-olah bapak dan anak seperti bercinta dalam diam. Masalah lain pula adalah bila isteri tidak dapat melayani kehendak suami yang perlukan layanan tiga kali sehari, dan katanya dia takut dia 'usik' anaknya. 

Saya tidak tahan mendengar cerita pakcik ini terus putuskan talian dan block. Dia cuba telefon saya berkali-kali selepas itu. 

Saya tidak tahu bagaimana saya boleh bantu budak ini tetapi dada saya sesak rasa dihempap selepas mendengar perbualan sebegini. Saya risau anaknya mengandung hasil benih bapanya sendiri. 

Sumber: Syed Azmi



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top