Burung Tersekat Di Enjin Pesawat, Juruterbang Terpaksa Buat Pendaratan Cemas Atas Padang

Satu kemalangan melibatkan sebuah pesawat Airbus A321 Rusia terpaksa mendarat secara cemas atas padang berhampiran dengan lapangan Terbang Moscow – Zhukovsky, Rusia akibat daripada seekor burung yang tersekat pada bahagian enjin pesawat dan mengakibatkan berlaku kebakaran pada enjin pesawat terbabit.

Pesawat yang mempunyai 234 orang penumpang termasuk tujuh anak kapal itu dikatakan berlepas untuk ke bandar Crimean Simferopol. Bagaimanapun, terdapat beberapa penumpang yang cedera dan para penumpang dipindahkan dengan segera.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Wilayah Moscow mengatakan bahawa tiada penumpang yang dibawa ke hospital tetapi menerima rawatan berhampiran tapak kejadian.

 

Sumber: Airlive.net




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top