Berang Disuruh Beredar Kerana Parkir Di Laluan Kenderaan, Lelaki Undur Dan Langgar ‘Mak Guard’

Pekerja sektor keselamatan seperti pengawal keselamatan sering menjadi sasaran tohmahan orang ramai.

Menjadi wajah pertama yang dilihat ketika memasuki ke satu-satu kawasan, mereka menjaga keselamatan bangunan dengan memantau individu keluar masuk bangunan seperti hospital, sekolah dan pejabat serta memastikan peraturan di kawasan itu dipatuhi.

Kerana ketegasan mereka, pengawal keselamatan sering dimarahi orang awam yang cuba melawan sedangkan mereka hanya menjalankan amanah diberi. Jika tidak tegas, akan dimarahi orang atasan. Jika terlalu bertegas hingga tiada budi bicara, dimarahi orang ramai.

Disebabkan itulah komunikasi sesama manusia amat penting. Kedua-dua pihak sebaiknya perlu bertolak ansur dan cuba memahami keadaan satu sama lain.

Terbaru, riuh suasana di salah sebuah hospital di utara negara ketika seorang lelaki yang meletakkan kenderaan di kawasan larangan ‘cuba melanggar’ seorang pengawal keselamatan wanita yang menyuruhnya beredar dari situ.

Lelaki tersebut dikatakan memarkir keretanya di laluan teksi hospital berkenaan yang menjadi ruang untuk mengambil dan menurunkan penumpang.

Setelah situasi menjadi tegang, lelaki terbabit bertindak mengundurkan keretanya dengan laju ke arah pengawal keselamatan yang berdiri sambil membelakangi kenderaan itu. Dia kemudiannya memecut pergi namun keretanya sempat disepak seorang lagi pengawal keselamatan yang berada di tempat kejadian.

Individu yang merakam kejadian berkenaan meminta wanita berkenaan untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa menggunakan video yang dirakam sebagai bukti.

Sumber: Lawak Hambar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top