'Bagi umah sewa elok-elok, dia balas camni siap warning dengan akta' - Penyewa dari neraka


Adab menyewa di rumah orang, jagalah rumah itu seperti menjaga rumah sendiri. Tetapi kebanyakan penyewa pada zaman ini tidak mempedulikan semua itu. Bagi mereka, asalkan duit sewa bulanan sudah dibayar, ikut suka hati mereka nak buat rumah itu macam mana. 

Seorang pemilik rumah sewa kecewa dengan tindakan penyewa rumahnya yang jelas sekali tidak bertanggungjawab membuatkan pemilik terpaksa meluahkan kekecewaannya itu di Facebook. 

Menurut Muhammad Hariri Nasir, penyewa itu hanya memaklumkan kepadanya seminggu selepas dia keluar dari rumah sewa itu. Bila mana pemiliknya datang memeriksa keadaan rumah, alangkah terkejutnya apabila dia melihat keadaan rumah yang kotor.

"Mujur duit deposit (RM2,400) dua bulan ada lagi pegang. Kita serah rumah untuk disewa elok-elok, suci, bersih, lengkap, mop lantai semuanya. 

"Yang part paling tak dapat dilupakan, akak salah seorang penyewa ini adalah anggota keselamatan negara, siap bagi warning apa bagi jangan ceroboh rumah. 


"Sebagai pemilik rumah sewa, kita tahu undang-undang sis. Tak perlu ungkit akta bagai. Kawan-kawan saya ramai je lawyer, boleh buat rujukan. 

"Tetapi sekurang-kurangnya rasa tanggungjawab itu perlu ada. Mujur ada agreement sewa rumah hitam putih. Burn la deposit penyewa. No hal, hati mau keras," katanya. 


Berdasarkan video, keadaan rumah memang sangat teruk dengan najis kucing di atas tilam, bekas najis kucing dengan kesan-kesan najis bersepah juga ditinggalkan, keadaan rumah berselerak penuh dengan sampah, dapur tidak kemas, plastik sampah berulat, bilik air bersepah dan kotor, dua tandas rumah itu juga tersumbat.

Lebih teruk lagi, penyewa terbabit tidak membayar tunggakan bil elektrik yang berjumlah RM454.45. 










Kesemua kerosakan dan kekotoran itu yang dilakukan oleh bekas penyewa dari neraka itu terpaksa ditanggung oleh pemilik rumah.

Ramai netizen yang menasihatkan pemilik rumah membuat laporan polis kerana dianiaya seteruk itu. Namun, pemiliknya enggan memanjangkan hal itu dan akan menggunakan duit deposit penyewa untuk memulihkan semula rumahnya. 




r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top