Aneh, Penternak Terkejut Lembu Dibela Lahirkan Anak Kepala Dua

Seekor anak lembu berkepala dua telah dilahirkan di sebuah ladang yang didakwa bertempat di Argentina baru-baru ini.

Menurut laporan, lembu ‘istimewa’ itu telah dilahirkan tidak berapa lama dahulu di Ladang Los Chimagons, pekan Hilario Ascasubi dekat wilayah timur Buenos Aires.

Satu video mengenai anak lembu tersebut telah menjadi tular di atas talian selepas dikongsikan oleh beberapa media antarabangsa.

Melihat pada video di atas, anak lembu itu kelihatan sangat lemah dan terbaring di atas tanah berhampiran dengan ibunya.

Bagaimanapun, anak lembu tersebut dikatakan telah mati kira-kira 12 jam selepas dilahirkan. Menurut lelaki yang menjumpainya, ibu lembu itu tidak dapat menyusukan anaknya kerana ‘badannya terbahagi kepada dua kepala yang dimiliki’.

Menurut lelaki berkenaan, Fernando Dumrauf, walaupun ini bukan kali pertama anak lembu berkepala dua dilahirkan, namun kes ini agak istimewa berbanding yang sebelumnya.

Ini kerana dia mendakwa biasanya anak lembu yang dilahirkan sedemikian hanya mampu bertahan beberapa minit selepas dilahirkan. Tetapi anak lembu yang ditemuinya ini mampu bertahan sehingga 12 jam.

Bangkai haiwan berkenaan dikatakan telah diambil dan disimpan oleh jabatan yang berkenaan untuk menjalankan kajian mengenainya.

Sumber: Daily Star




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top