Wanita rompak handphone seller ditahan, rupanya positif dadah


Susulan kes wanita tempatan menyamun dua buah telefon bimbit Samsung S10 5G bernilai RM6,000 dalam kejadian Khamis lalu di parkir sebuah hospital di Taman Bukit Indah, Khamis lalu, polis telah menahan wanita berusia 23 tahun dan lelaki berusia 31 tahun di sebuah hotel di taman perumahan yang sama, sehari selepas kejadian. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, serbuan yang dilakukan di sebuah bilik hotel pada jam 7.20 malam itu, polis turut merampas sebuah kereta Mitsubishi Galant, dua kunci kereta dan alat penggera, dua telefon bimbit jenis Vivo dan Oppo, satu beg hitam dan dua helai baju. 

Selain itu, 10 peket dadah jenis syabu dengan berat 10.66 gram yang disyaki untuk kegunaan sendiri juga ditemui.

Semakan mendapati, dua suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah. 

Ujian saringan air kencing kedua-dua suspek menunjukkan keputusan positif dadah dan mereka mengaku terbabit dalam kejadian itu bersama dengan seorang lagi rakan mereka yang masih bebas.

Dengan tertangkapnya dua suspek itu, polis berjaya menyelesaikan empat kes dengan modus operandi sama di daerah itu. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri selain Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 atas kesalahan dadah. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top