(Video)Heboh Kata Ular Berbisa Masuk Rumah Mungkin Jin, Betul Ke? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus

Setiap daripada kita pasti ada haiwan-haiwan yang ditakuti namun ada sebahagian haiwan yang memang digeruni oleh sebahagian besar manusia atas alasan ia merbahayakan atau boleh mendatangkan penyakit.

Antara haiwan yang ditakuti ramai ialah ular, terutamanya ular berbisa. Apabila ular memasuki kawasan rumah kita, sudah pasti kita akan menjadi kelam-kabut dan terus mencari jalan untuk membunuhnya.

Akan tetapi, pasti kebanyakan daripada anda pernah mendengar dakwaan mengenai kita tidak boleh terus membunuh ular berbisa yang masuk ke rumah, sebaliknya kita perlu menghalaunya keluar sebanyak tiga kali terlebih dahulu sebelum membunuhnya.

Ia didakwa dilakukan kerana bimbang ular berkenaan adalah jelmaan jin dan bukannya ular sebenar. Bagaimanapun, ada di antara kita yang kurang mempercayai ‘petua’ tersebut.

Pada anda yang meraguinya, penceramah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus pernah berbincang mengenainya dalam salah satu kuliahnya.

Menurut beliau, menghalau ular sebelum membunuhnya itu adalah sunnah Rasulullah SAW.  Katanya, Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan umatnya untuk menghalau ular berbisa yang memasuki rumah sebanyak tiga kali kerana bimbang ular berkenaan adalah jelmaan jin.

Tambah beliau lagi, ular mempunyai tiga ‘jenis’ iaitu ular sebenar, jelmaan jin Islam serta jelmaan jin bukan Islam. Apa yang dibimbangi ialah sekiranya seseorang itu terbunuh ular yang merupakan jelmaan jin Islam.

Walaubagaimanapun, ular jelmaan tersebut akan keluar selepas diperingatkan untuk keluar, berbeza dengan ular sebenar dan jelmaan jin bukan Islam. Sekiranya ular tidak keluar dari rumah selepas diberi peringatan sebanyak tiga kali, barulah seseorang dibolehkan untuk membunuhnya.

Anda boleh menonton video penuh mengenai pengerangan Ustaz Azhar Idrus melalui video di bawah:

Sumber: UAI via Journey Ilahi




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top