(Video) Sedang Leka Mamah Bangkai Ikan, Kumpulan Ikan Yu Diserang Seekor Ikan ‘Misteri’ Sampai Kena Telan

Sudah menjadi lumrah makhluk hidup di lautan yang mempunyai rantai makanan untuk meneruskan hidup seperti kehidupan yang lain. Walupun mereka hanya makan sesama mereka seperti ikan kecil di makan oleh ikan besar, terutamanya bila kita dengar tentang Ikan Yu menyerang kehidupan laut yang lain.

Tetapi, sebaliknya dalam sebuah rakaman video oleh para Penyelidik Lautan menujukkan satu kejadian yang penuh kejutan dan aneh dimana segerombolan ikan Yu ditelan hidup-hidup oleh seekor ikan misteri yang bersaiz ‘gergasi’ di lautan dalam di South Carolina.

Dalam rakaman video itu menunjukkan segerombolan ikan Yu berkenaan menikmati seekor ikan paus bertanduk. Paling menyeramkan keadaan mata ikan-ikan Yu tersebut dilihat seperti hitam sepenuhnya.

Berlaku detik aneh tersebut di mana seekor ikan misteri yang dikenali sebagai “Wreckfish” keluar dari bawah perut kapal karam berhampiran dengan segerombolan ikan-ikan Yu berkenaan.

Ikan Wreckfish tersebut boleh mencapai berat maksimum 100 kilogram bersamaan dengan 220 paun dan membesar sehingga 75 sentimeter bersamaan 2.5 kaki panjang dengan jangka hayat yang panjang boleh mencecah kepada 70 tahun.

Bagi para penyelidik, ini merupakah satu kejadian dalam sejarah di mana mereka dapat menyaksikan sendiri bagaimana ikan wreckfish  mendapatkan makanan dengan memakan ikan yang paling digeruni di lautan iaitu ikan Yu.

 

Sumber: Insider




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top