(Video) Malaysia Airport Puji Staf, Bertindak Selamatkan Jemaah Haji Yang Hampir Terjatuh Dari Eskalator

Kemeriahkan musim haji sudah mula terasa sejak 4 Julai lalu apabila kumpulan pertama dan kedua jemaah haji Malaysia, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah. Sungguh teruja tatkala melihat jemaah-jemaah menjejak kaki ke tanah suci demi untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu.

Pada kebiasaannya para jemaah akan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah, Arab Saudi. Dan tadi, tular sebuah video yang menyaksikan seorang pekerja Malaysia Airports di KLIA menyelamatkan seorang penumpang dari terjatuh di eskelator.

“Syabas diucapkan kepada wargakerja Malaysia Airports di KLIA bernama Hamdan Maarof kerana tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan seorang penumpang jemaah haji daripada terjatuh dari eskelator di Gate C11 pagi tadi.”

Malah lebih membanggakan apabila Hamdan membuat keputusan untuk terus berada di kawasan kejadian sambil membantu para jemaah yang lain untuk membawa barangan dan beg ke balai menunggu dan terus berjaga-jaga andai kejadian yang sama berulang lagi.

Pihak Malaysia Airport turut menambah:

“Syabas sekali lagi Hamdan atas tindakan tangkas anda! Inilah yang patut kita tonjol dan terapkan dalam kalangan wargakerja Malaysia Airports agar kita dapat menjadi “Caring Host” yang berwibawa kepada tetamu kita.”

Sumber: Malaysia Airport




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top