(Video) 'Dah kenapa nak letak foundation dekat ular' - Buat hal lagi, netizen gesa Perhilitan ambil tindakan terhadap wanita ini


Beberapa hari lalu, satu peraduan secara langsung diadakan oleh sebuah produk kecantikan jenama tempatan dikecam oleh netizen gara-gara jurucakap berkenaan tersilap mendedahkan not palsu RM100. 

Kesilapan itu telah menjadi tular di media sosial dan pengasas produk berkenaan tampil membuat penjelasan. 

Jelas pengasas tersebut,  duit peraduan digunakan adalah duit sebenar manakala duit RM100 merupakan duit cetakan yang ditulis specimen bagi mengelakkan kejadian rompakan berlaku, bukan untuk digunakan bagi urusan jual beli.

Sekali lagi iklan promosi rangkaian produk ini menjadi sebutan netizen. Kali ini pula netizen mempertikaikan mengapa ular dijadikan sebagai testimoni untuk produk mereka. 

Berdasarkan video tersebut salah seorang jurucakap menunjukkan seekor ular yang telah disapu dengan ‘foundation’ untuk memberikan gambaran perbezaan kepada penonton sebelum dan selepas sapuan (pada cela). 



Netizen mula mempertikaikan isu ini dan mendakwa mereka tidak sepatutnya menggunakan haiwan untuk tujuan itu. Ada juga yang menyatakan promosi yang dijalankan tidak relevan apatah lagi sudah melibatkan kezaliman terhadap haiwan. Tidak kurang juga, ada indvidu yang menyatakan nama PERHILITAN untuk tindakan yang perlu dilakukan.




r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top