(Video) Ayah Buat FB Live, Bawak Ainul Jalan-Jalan Di Kota London

Semua pastinya sedang menanti dalam keterujaan bilakah tarikh sebenar bidadari kecil ini akan pulang ke Malaysia. Beberapa hari lepas, ibu Ainul Mardhiah telah menyatakan bahawa mereka terpaksa menangguhkan niat untuk pulang ke tanah air kerana kesihatan ‘Buah Hati Malaysia’ yang tidak mengizinkan.

Oleh itu, ramai yang sentiasa ternanti-nanti perkhabaran terbaru Ainul dan keadaan kesihatannya. Justeru, sebentar tadi, Ahmad Safiuddin ada membuat live di laman Facebooknya untuk berkongsi perkembangan terkini anak sulungnya itu.

Video berkenaan memaparkan Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani yang berjalan-jalan di sekitar kawasan kejiranan di London sambil menolak stroller. Menurut Safiuddin, aktiviti bersiar-siar ini adalah terapi untuk anaknya itu.

 

Sumber: Ahmad Safiuddin




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top