Tular Video Lelaki Didakwa Makan Kucing Hidup-Hidup Diburu Polis

Perasan atau tidak, sepanjang bulan ini sahaja pelbagai isu haiwan yang tidak bersalah mati akibat kelakuan kerakusan manusia.

Beberapa hari ini tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki didakwa makan kucing hidup-hidup. Dalam sebuah video tersebut, dilihat lelaki tersebut berpakaian kemeja dan bertopi sedang berjalan sambil memakan seekor kucing di tengah jalan.

Kejadian yang berlaku di Kemayoran salah sebuah daerah di Jakarta. Dalam video tersebut juga menunjukkan lelaki tersebut sedang memegang kucing berkenaan sebelum digigit pada bahagian perut haiwan malang tersebut.

Menurut ketua Jabatan Polis Kemayoran, mereka sedang menjejaki lelaki yang berusia sekitar 40 tahun itu. Walaubagaimanapun, mereka masih lagi menyiasat tentang video yang tular itu.

Sehingga kini pihak polis tidak dapat kepastian motif sebenar tindakan lelaki tersebut. Pihak polis mendakwa kemungkinan tindakan lelaki ini adalah kerana mengalami gangguan jiwa.

Sumber: Tribunews




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top