Tukang gunting mirip zizan ini respond pantas dari zizan

Baru baru ini lepas isteri Shuib siti Sarah yang mengambil inesiatif unik dengan menghias motosikal Ysuku suaminya Shuib habis tak ubah seperti sebuah ‘motorsikal berhias’ seperti yang diperkatakan peminat.

Lalu sejak itulah, bermula nya episod ‘bahan-membahan’ di kalangan rakan baik Shuib yang terdiri dari pelawak Zizan, Achey, Fikry Ibrahim dan ramai lagi. Bagaimanapun, yang paling ketara mengusik Shuib ialah Zizan Razak.

Aduhai laa, makin ‘parah’ pula sesi bahan membahan di antara dua pelawak terkenal ni. Terhibur sungguh dibuatnya.

Shuib dan Zizan begitu diperkatakan ketika ini telah menjadi bualan Netizen bila baru-baru ini Zizan membuat lawak dengan kata-katanya tentang motor si Shuib yang berhias.

Masing masing saling berbalas membalas dengan kata kata pujangga yang berbaur sindiran hingga membuatkan warganet terhibur, sekali lagi mereka mencuri perhatian ramai apabila keduanya saling memuat naik foto yang sudah tentunya dalam keadaan yang lucu.

Terbahru Shuib Sepahtu kongsi pengalamannya yang melucukan apabila motosikal jenis Y15ZR (YSuku) miliknya ‘bertukar wajah’ selepas diubah suai oleh isterinya sendiri, Siti Sarah. Hasil kreativiti Sarah itu telah dimuat naik di Instagram Shuib malam semalam.”Tajuk filem: Asalkan kau bahagia, tempahan moto berhiasa dibuka sekarang,” katanya.Namun komen Zizan amat melucukan dan mencuit para netizen,

“Ib, Aku rasa kau boleh konvoi bila tiba hari kebangsaan. Macam perarakan hari merdeka je motor kau tu,” kata Zizan.Komen Zizan itu sekali gus mencuri tumpuan netizen termasuklah pelakon Nabila Huda.

Baru baru ini menerusi laman IG pelawak, Shuib Sepahtu telah berkongsi foto seorang tukang gunting rambut yang berkemungkinan warganegara Bangladesh sedang menggunting rambut pelanggannya.

Namun siapa percayakan dengan pelanduk dua serupa? Ada orang kata, di dalam dunia ini akan tujuh orang yang mempunyai wajah serupa atau seakan-akan sama.

Dengan caption bahannya “Hari ahad pon kerja ke Zizan?”

Yang menjadi perhatian warganet adalah wajah tukang gunting rambut tersebut sangat seiras dengan wajah Zizan Razak, terutama sekali di bahagian hidung.

Tidak sah kalau tak menyakat, Shuib menerusi kapsyennya sempat mengusik sahabatnya dengan menganggap tukang gunting tersebut adalah Zizan.

sekali lagi ayat membahan si zizan “Hari ahad pon keje ke Zizan ? Patutlah call tak angkat,sibuk kat saloon rupanya”

First customer ni pelakon Vietnam…

Lebih melucukan lagi, Si Zizan pun melayan juga usikan Shuib ni, malah pelawak itu sempat buat satu posting untuk membahan balik si Shuib menerusi Instagramnya.

Ayat padu dari Shuib, “Buat part-time tak cover hidung memang la orang cam.” Malah, tak dinafikan lagi ramai yang mengatakan wajah Zizan memang sangat mirip dengan tukang gunting rambut tersebut.

Apapun harap kedua pelawak ini terus memeriahkan suasana hiburan tanahair dan menghiburkan kita semua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @lubokviral untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

sumber: ohmymedia/monyethijau




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top