‘Terkejut Jumpa Mak Kat Wad Kecemasan’ Seorang Doktor Yang Sibuk Abaikan Famili,Ini Luahan Win Dari Mak Buat Doktor Ini Tersentuh

KESIBUKAN seorang doktor yang sentiasa padat jadualnya bagaikan terhenti seketika apabila dia bertembung dengan ibu sendiri di unit rawatan kecemasan sebuah hospital di Sabah.

Dalam kejadian pada Selasa malam, pengawai perubatan yang hanya mahu dikenali sebagai Syafiq itu berkata, dia terkejut apabila melihat ibunya ke hospital ditemani ibu saudaranya untuk mendapatkan rawatan.
Kisah mengenai doktor berusia dalam lingkungan 20-an itu dikongsi menerusi laman Twitter sehingga menerima lebih 7,000 ulang kicau (Retweet).

Bercerita kepada mStar, Syafiq mengakui sedih apabila kesibukan kerja menyebabkan dia tidak sempat memberi tumpuan terhadap keluarganya.

Paparan skrin perkongsian Syafiq di Twitter

“Masa tu sekitar pukul 11 malam, saya nak pergi bahagian kecemasan sebelum terserempak dengan mak dan makcik saya.
“Mak mengadu sakit dada, sebab tu dia datang ke hospital. Saya tanya kenapa tak bagitahu saya, dia kata tak mahu ganggu saya sibuk bekerja, tak nak saya risau.

“Masa terserempak tu, dia terkejut dan saya pun terkejut. Sama-sama terkejut. Terus saya hubungi bos dan minta cuti kecemasan untuk uruskan mak saya,” ujarnya sewaktu dihubungi pada Khamis.


Menurut Syafiq, ibunya yang berusia 50-an mengalami tekanan darah tinggi dan disyaki menghidap sakit jantung.
Malah, ibunya turut dimasukkan ke wad hospital berkenaan selama tiga hari dan kini keadaannya semakin baik.

“Sebelum tu mak ada mengadu rasa penat, saya suruh dia banyakkan rehat dan minum air. Tak tahu pula jadi serius.
“Bulan ni pun saya agak sibuk sikit, kurang masa untuk fokus keluarga. Rasa terkilan juga, jadi saya ambil cuti tahunan saya untuk fokus mak sekarang,” ujarnya lagi.
Menurut Syafiq lagi, dia juga bersyukur apabila ramai netizen yang mengirimkan doa buat ibunya susulan perkongsian itu di Twitter.

Ibunya dimasukkan ke hospital selama tiga hari ( Gambar Hiasan )

Selain itu, ramai netizen turut berkongsi kisah serta menzahirkan penghargaan mereka buat petugas hospital menerusi ruangan komen tweet tersebut.
“Kerja adalah ibadah juga. Kadang-kadang kita ni selalu terlepas peluang nak jumpa dengan keluarga, kawan-kawan. Jangan pernah putus asa, Allah SWT dah siapkan semua jalan kita. Istiqomah selalu,” tulis MuhammadSazlly.

“Biggest respect to all doctors there, yang trying sedaya upaya to treat patients. May Allah bless you, diberikan sihat tubuh badan untuk bagi banyak jasa kat seluruh manusia,” tulis faraaziraa.
Malah, dia juga berharap agar perkongsian itu dapat membuka mata masyarakat agar lebih menghargai pegawai-pegawai perubatan pada masa akan datang.

“Sebelum jadi doktor, saya pun selalu ke hospital bawa ayah. Apabila lambat sikit, kita pun selalu komplen.
“Lepas tengok sendiri situasi, baru saya faham. Tapi kepada pelajar perubatan, tak perlu rasa takut. Ini bukan penghalang, cuma kena sentiasa bersedia.
“Walaupun kerja doktor tu sibuk, tapi kita boleh je bahagikan masa dengan seimbang,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang
sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top