Singaporean guna nombor plat kenderaan lain didenda RM8,000


Tindakan seorang lelaki warga Singapura yang menggunakan nombor pendaftaran kenderaan lain bagi mengelak dari dikenakan tindakan undang-undang jalan raya dua bulan lalu, akhirnya menerima padah apabila dia dikenakan denda RM8,00 oleh Mahkamah Majistret Khas Trafik Johor Bahru. 

Majistret Nurasidah A Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Hock Lai, 44, yang juga orang kena saman (OKS) selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. 

Mengikut pertuduhan, Tan memandu kereta BMW 320i di jalan raya dengan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain yang dilakukan di stesen minyak di Lebuhraya LinKedua, Gelang Patah, pada jam 7.35 pagi, 18 Mei lalu. 

Terdahulu, video perbuatan Tan itu viral di media sosial membuatkan netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemandu itu yang jelas sekali melakukan kesalahan. 

Berdasarkan video itu, pihak JPJ telah membuat siasatan dan Tan akhirnya datang ke JPJ Johor dengan rela hati untuk disiasat. Selepas disiasat, Tan mengakui kesalahannya.

Bagi perbuatan itu, tertuduh dituduh mengikut Seksyen 108 (3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 108 (3)(j) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali. 

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Khairi Ismail, manakala Tan tidak diwakili peguam. 

Mahkamah memerintah OKUS membayar denda tersebut dan jika gagal berbuat demikian, tertuduh akan dipenjara setahun. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN



r

Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top