‘Sengketa Aishah Dan Dato Sri Vida Berakhir’ Isu Berlian Palsu Selesai Dan Ini Puncanya

KEMELUT dakwaan hadiah berlian palsu yang diterima penyanyi Aishah daripada usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akhirnya menemui titik noktah.
Menurut peguam yang mewakili Aishah, Muhammad Izwan Azmi, kes itu berjaya diselesaikan melalui mediasi diantara kedua-dua belah pihak yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

“Mediasi berjaya diselesai dengan baik. Dalam erti kata lain tiada perbicaraan penuh akan berlangsung.

“Cuma terma-terma yang dipersetujui itu saya belum boleh nak kongsi. Butiran selanjutnya akan dijelaskan kemudian.

“Pihak Aishah dan Datuk Vida telah merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan yang Arif,” katanya kepada mStar.

Antara posting yang dimuatnaik Aishah

Penyanyi lagu Janji Manismu itu akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan butiran lanjut mengenainya dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Aishah meluahkan rasa syukur apabila mendapat pembelaan yang adil dalam perjuangannya sebagai anak seni.

“Takbir, Menusuk jiwaku. Allah, Allah, Allah, sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui perjalanan penuh berliku sebagai anak seni, dipuja dan dipuji.

“Tak kurang dicaci m4ki Namun aku tetap aku, tak pernah nak ambil jalan singkat atau mudah untuk berjaya. Akhirnya boleh tidur lena selepas segala kekusutan bakal terjawab.

“Ini perjuangan untuk semua anak seni. Semoga kerjaya kita diiktiraf sebagai satu kerjaya yang profesional dan bukan sewenang-wenangnya diperlekehkan oleh sesiapa,” katanya.

Aishah juara Gegar Vaganza Musim Keempat

Terdahulu, Aishah mendedahkan satu kenyataan laporan penyelidikan rasmi berhubung rantai tersebut yang did4kwa tidak bernilai dan bukan berlian asli yang diterimanya selepas menjuarai program GV4.

Perkara itu diketahuinya selepas dimaklumkan oleh pemilik kedai sebuah barangan kemas.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top