‘Pagi Lazada Malam Bawa Grab Food’ Lelaki Ini Cari Rezeki Demi Keluarga,Ini Luahannya Buat Netizen Tersentuh

Setiap orang mempunyai usaha yang pelbagai untuk meneruskan hidup. Ada yang selesa dengan melakukan satu sahaja pekerjaan kerana mendapat imbuhan yang besar. Ada juga individu yang terpaksa melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung setiap tanggungjawab.

Bukan semua orang muda memilih kerja
Menerusi satu perkongsian daripada warga Twitter, seorang pemuda yang dikenali sebagai Firdausaizat telah memuat naik gambarnya dengan kapsyen pekerjaan yang dia lakukan. Hal tersebut selepas membalas satu posting mengenai gambar seorang lelaki berpakaian syarikat pos laju namun membawa Grab Food pada sebelah malam.

Cari rezeki halal siang malam
Firdaus memberitahu bahawa dia melakukan dua kerja dalam sehari apabila bekerja di syarikat penghantaran Lazada pada sebelah pagi dan seusai pekerjaannya, dia membawa Grab Food di sebelah petang.
Muat naik itu telah mendapat ribuan RT dan maklum balas daripada netizen yang kagum dengan semangat Firdaus bekerja mencari rezeki.

Dah berkahwin anak seorang
Pemuda tersebut yang sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan dilihat begitu bersungguh bagi menampung kehidupan bersama keluarga. Ternyata kesungguhannya dalam mencari pendapatan dipuji warganet.

Jaga juga kesihatan tuu
Rata-rata netizen telah meninggalkan maklum balas yang pelbagai di Twitter mengenai perkongsian pemuda itu. Mereka turut mendoakan usaha dan kegigihan Firdaus terbayar dan semoga urusannya dipermudahkan.

Semoga dipermudahkan urusan bro

Lelaki Macam ni La Perempuan Nak

Lelaki yang bergelar suami wajib mencari nafkah untuk keluarganya namun si isteri harus bijak dan tahu setahap mana kemampuan si suami agar tidak berlaku salah faham tentang hal-hal yang bersangkutan dengan kewangan keluarga.

Dalam membina mahligai bahagia wang ringgit sangat penting untuk menjaga kehidupan berumahtangga tapi namun begitu dalam meniti perjalanan hidup suami isteri yang harus diutamakan ialah hati budi kena ikhlas dan jujur antara satu sama lain dan jika apa-apa yang berlaku disekeliling kita,pasangan harus pentingkan keluarga sendiri dulu agar kerukunan rumahtangga kekal bahagia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : ohmymedia




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top