‘Nasi Lemak Kesukaan Raja Muda Selangor Gulung Tikar’ Tapi Kak Ojie Dapat Semula Rezeki Terpijak Ini Terus Peluk Suami

SELEPAS berdepan ujian hebat sepanjang tahun lalu, 2019 seolah-olah membuka lembaran baharu buat Rozeeta Abdul Manan atau lebih mesra disapa Kak Ojie dalam kalangan peminat nasi lemaknya.
Dia sebelum ini berdepan detik gelap setelah kehilangan bapa tercinta pada Februari 2018 dan perniagaan nasi lemak GengCikMak miliknya yang diusahakan sejak Ogos 2016 terpaksa ditutup.

Namun perpindahan suaminya Azrul Helmi Ibrahim, 36, ke Doha, Qatar pada September tahun lalu ibarat rezeki terpijak buat mereka apabila ditawarkan peluang untuk memulakan perniagaan nasi lemak di negara itu.

Berita gembira itu dikongsi Kak Ojie menerusi satu bebenang di Twitternya baru-baru ini.

Posting Kak Ojie turut mendapat perhatian Netizen di Twitter

Menurut wanita berusia 34 tahun ini, dia bagaikan bermimpi apabila ditawarkan peluang tersebut oleh rakan kongsi perniagaan grafiti suaminya yang juga orang Arab.

“Saya memang tak sangka sebab tak pernah mimpi nak buka kedai dekat sini (Doha). Semuanya berlaku secara tiba-tiba ketika saya datang melawat suami di sini pada Disember hingga Mac lalu.

“Lepas dah beberapa kali berjumpa, dia panggil saya dan suami untuk meeting. Masa tu ingat dia nak minta tolong promote grafiti dan kedai kopi dia. Tapi rupanya dia beritahu nak bagi kedai untuk saya berniaga di sini.

“Masa tu saya asyik tersenyum je sebab seronok sangat. Tapi bila masuk je kereta lepas habis meeting saya terus peluk suami nangis-nangis. Tak sangka jumpa orang luar yang baik dekat sana,” katanya.

Jelas Kak Ojie, dia juga terharu apabila peluang itu hadir di saat dia dan suaminya terpaksa tinggal berasingan.

“Mula-mula rakan kongsi suami offer sebab kurang makanan Malaysia yang ada kedai dekat sini. Tapi apa yang buat saya terharu sebab dia mahu saya dan suami tidak lagi tinggal berjauhan.

Kak Ojie bersama suami dan juga rakan kongsi perniagaan suaminya di Doha , Qatar

“Alhamdulillah. Allah dah makbulkan doa saya untuk dekat dengan suami. Kalau tak kos ulang alik agak mahal. Jadi saya harap lepas ni kami dapat diberi peluang untuk menimang cahaya mata pula,” katanya.

Kak Ojie berkata kedai nasi lemaknya itu dijangka dibuka dalam tempoh dua bulan lagi.

“InsyaAllah jika tiada aral melintang akan buka pada September atau Oktober depan, tunggu urusan shipping settle dulu. Buat masa ini kedai masih dalam proses pengubahsuaian.

“Tapi saya akan kembali ke Kuala Lumpur bulan depan untuk urusan supplier. Ada beberapa barang seperti baby crab saya perlu bawa dari Malaysia cuma ada kekangan sedikit tapi saya sedang usahakan.

Baby crab tak ada di sini. Tu yang mencabar juga sebab kebanyakan supplier dari Malaysia tak bagi kerjasama untuk eksport ke sini memandangkan mereka pun import dari luar,” katanya.

Mengimbau kembali kenangan sepanjang berniaga nasi lemak selama dua tahun lalu, Kak Ojie mengakui terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sebelum dapat melebarkan perniagaannya itu ke negara timur tengah.

Gambar Kenangan Kak Ojie bersama food truck yang digunakannya untuk berniaga nasi Lemak GengCik Mak

“Tidak mudah. Saya pernah banyak kali menangis. Paling teruk bila food truck rosak dan kena tipu dengan pomen. Lori dok keluar masuk bengkel tapi tetap rosak.

“Masa tu dah mati akal. Tak tahu nak buat apa sebab lori tak ada susah nak berniaga. Masa tu saya rasa macam kena buli sebab suami jauh.

“Saya juga terpaksa tutup outlet di KL. Waktu ni saya terduduk. Silap saya juga sebab percayakan staf. Dapat tahu dari customer ramai datang nak beli makanan tapi tunggu sampi 8 malam gerai tak buka lagi,” katanya.

Bagaimanapun Kak Ojie berkata ujian hebat itu membantunya untuk bangkit dalam perniagaannya.

“Saya mula berniaga nasi lemak RM1 buat dari rumah guna rice cooker kecil kat rumah ibu. Lepas tu cukup duit beli satu rice cooker baharu dan orang mula kenal. Kemudian saya dapat order 300 bungkus.

“Lepas tu hari-hari ada order. Ibu dan arwah ayah hadiahkan rice cooker besar. Saya dan suami pindah Setia Alam sebab kawan offer berniaga tepi jalan kawasan rumah dia. Bila orang dah mula kenal saya dapat masuk WhatsApp group kejiranan Setia Alam.

“Tak lama kemudian saya dapat masuk TV. Kemudian saya sewa food truck dengan abang ipar dan sertai acara belia Selangor. Bila tengok Raja Muda Selangor repeat makan memang terkejut tak sangka,” katanya.

Raja Muda Selangor turut meminati nasi lemak Kak Ojie

Selepas tidak lagi berniaga nasi lemak pada 20 Disember lalu, Kak Ojie berkata dia terpaksa menggagahkan diri untuk memulakan perniagaan lunchbox.

“Lepas tiga bulan di Doha ada orang minta nasi lemak Geng Cik Mak tapi saya tak mampu nak buat sebab tak ada lori. Tapi mengenangkan ada 11 ekor kucing nak kena makan, minum jadi saya gagahkan diri berniaga juga.

“Jadi saya buat lunchbox untuk student… RM5 satu set. Lepas tu saya buat untuk sahur pula. Pergi hantar sampai Puncak Alam sorang-sorang kemudian terpaksa stop juga. Masa tu dah tak tahu dah raya ala kadar sebab putus punca duit,” katanya.

Susulan itu, Kak Ojie menasihati mereka yang pernah melalui nasib sama sepertinya supaya jangan mudah putus asa.

“Jangan sesekali mengeluh. Jangan kutuk peniaga lain dan jangan ada perasaan dengki. Insya-Allah rezeki Allah itu luas.

“Saya anggap masalah bertalu-talu yang datang sebelum ini sebagai satu ujian. Allah nak uji saya tapi sekarang dia balas dengan kegembiraan berganda. Sampai sekarang rasa macam mimpi,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : mstar




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top